Wisma Koperasi Iman,
No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.
Bermula Januari 2024, Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka sebuah kedai dobi layan diri.
Dobi ini menggunakan mesin pencuci dan pengering yang berkualiti tinggi. Kesemua mesin ini diimport khas dari US. Ini adalah untuk memastikan mesin tersebut dapat menampung penggunaan mesin yang kerap digunakan saban hari disebabkan kepadatan penduduk di kawasan sekitar.
No. 41, jalan BSC 2B/1,
Bandar Sri Coalfields,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.

Dobi layan diri mempunyai peralatan yang boleh menampung jumlah cucian yang jauh lebih besar daripada mesin di rumah. Di Kedai Dobi Koiman kami menggunakan mesin pencuci dan mesin pengering yang berteknologi tinggi untuk memberikan hasil cucian dan pengeringan yang terbaik untuk pelanggan.
Dengan menggunakan satu mesin basuh di rumah, anda perlu menjalankan proses cucian lebih daripada sekali untuk cucian yang banyak. Manakala Kedai Dobi Koiman pula mempunyai pelbagai kategori mesin cucian dan keringan yang boleh anda jalankan pada masa yang sama.
Peluang untuk mengeringkan jaket, selimut atau langsir sebanyak mungkin dalam masa empat puluh minit adalah satu faktor penting untuk anda menggunakan perkhidmatan Kedai Dobi Koiman. Mesin keringan di Kedai Dobi Koiman mempunyai teknologi tindakbalas pergerakan udara (Air Movement Response Technology, AMRT) lantas membolehkan pakaian anda lebih mudah untuk diseterika.
Di Kedai Dobi Koiman, anda akan memilih sendiri mesin keringan dan mesin cucian yang sesuai dengan penggunaan anda. Mod cucian dan keringan juga anda boleh tentukan sendiri. Jika anda mahu menggunakan sabun detergen dan pelembut pakaian sendiri, anda turut boleh melakukannya.
Selimut, cadar atau bantal juga memerlukan pembersihan, tetapi jarang sekali ia boleh dimuatkan dalam mesin basuh di rumah. Kebiasaannya, mesin basuh di rumah tidak mampu menampung kapasiti cucian yang terlampau berat. Mencucinya dengan tangan bukanlah tugas yang mudah. Atas sebab ini, Kedai Dobi Koiman akan menjadi pilihan yang terbaik.
Kedai Dobi Koiman beroperasi selama 24 jam. Jika anda baru pulang dari kampung halaman dan membawa pakaian kotor yang banyak, ataupun mesin basuh dan mesin keringan anda rosak secara tiba-tiba, anda boleh hadir ke Kedai Dobi Koiman.









No 41, jalan BSC 2B/1,
Bandar Sri Coalfields, 47000 Sungai Buloh,
Selangor.
24 Jam
Wisma Koperasi Iman,
No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: info@koiman.com.my
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by koiman.com.my and we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
© Copyright 2025 Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOOP NO.51). All Rights Reserved. [JD]