Ibu Pejabat (HQ)

Wisma Koperasi Iman,
No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Perniagaan KOIMAN

Ar-Rahnu X'Change

Pajak Gadai Islam

Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi Iman dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dibuka pada 16hb Mei, 2008.

Pajak Gadai ini di namakan Ar-Rahnu X’Change dibawah konsep francais dari kumpulan Bank Rakyat. Kedai ini terletak berdekatan dengan Pejabat Urusan Koperasi Iman di Taman Sri Gombak.

Kedai Ar-Rahnu X’Change ini telah dibuka dan perasmiannya oleh Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Mangsor bin Saad; dalam tahun 2008.

Oleh sebab sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan, kini Koperasi Iman telah berjaya membuka lagi 2 cawangan iaitu Ar-Rahnu X’Change Seri Kembangan pada tahun 2012 dan Ar-Rahnu X’Change Damansara Damai pada tahun 2016.

Harga Gadaian Emas Terkini Ar-Rahnu X'Change

arrahnu
31 December 2025

24.0K

RM 648.03
Per Gram

22.8K

RM 615.63
Per Gram

22.0K

RM 594.03
Per Gram

21.0K

RM 567.03
Per Gram

20.0K

RM 540.02
Per Gram

18.0K

RM 486.02
Per Gram
*Dikemaskini pada 31 December 2025

Tujuan Ar-Rahnu

Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera. Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

Kelebihan Ar-Rahnu

Pembiayaan bebas riba

Kadar keuntungan yang rendah berbanding konvensional

Proses lelongan yang telus

Perlindungan takaful

Konsep Syariah Produk

Tawarruq

Jual beli komoditi atau aset secara murabahah (harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan)

Produk

Pajak Gadai Islam – Tawarruq (Pajak Gadai-i)

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara atau pemastautin tetap.
  • Berumur dari 18 tahun dan ke atas.
  • Tidak muflis.

Had Pembiayaan

PAJAK GADAI-i

  • 70% atas nilai marhun
  • Had pembiayaan minimum adalah RM100 dan maksimum RM350,000.00

TEMPOH GADAIAN

  • Maksimum enam bulan.
  • Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan.

KEKERAPAN GADAIAN

Pelanggan dibenarkan membuat beberapa transaksi gadaian tertakluk pada had pembiayaan tidak melebihi RM350,000.00.

GADAIAN SEMULA

Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula.

CARA BAYARAN BALIK

Bayaran balik boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat.

Senarai Cawangan

Ar-Rahnu X'Change - Sri Gombak

83 Jalan Sg 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Ar-Rahnu X'Change - Seri Kembangan

C-2-G, Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra Seksyen 2 Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Ar-Rahnu X'Change - Damansara Damai

A 009 JALAN PJU 10/2A, 47830 Petaling Jaya, Selangor.