Ladang Ternakan Iman Farm

PENGENALAN
TERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA FIDLOT
JENIS TERNAKAN LEMBU
Pusat Ternakan i-Man Farm kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 350 ekor lembu pada satu-satu masa. Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada. i-Man Farm mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru. Selain itu pelan jangka panjang sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.
Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar. Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan pengurusan dan pengawasan operasi. Logo i-man FARM digunakan untuk semua produk hasilan ternakan. i-man FARM telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Trade Mark) pada 9/9/2008; di bawah Kelas 1 (Fertilizer-Manure), 29 (Goods & Services-Meat, Poultry) dan 31 (Goods & Services - Agriculture Products).
Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar. Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan pengurusan dan pengawasan operasi. Logo i-man FARM digunakan untuk semua produk hasilan ternakan. i-man FARM telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Trade Mark) pada 9/9/2008; di bawah Kelas 1 (Fertilizer-Manure), 29 (Goods & Services-Meat, Poultry) dan 31 (Goods & Services - Agriculture Products).
TERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA FIDLOT
Lembu di pastikan agar sihat sentiasa dan ditentukan penambahan berat setiap hari. Setiap lembu yang berada di fidlot digredkan dan di lekatkan nombor tag untuk menentukan spesifikasinya. Lembu pedaging merupakan Produk utama i-Man Farm. i-Man Farm mempunyai dua jenis lembu pedaging tempatan dan import iaitu baka KK dan Brahman Cross. i-Man Farm menggunakan kaedah penternakan secara Fidlot iaitu penternakan secara kurung dengan memberi makanan berterusan. Antara produk lembu pedaging yang dipasarkan adalah secara bulat (lembu hidup) dan Carcass. Jualan secara bulat (lembu hidup) lebih tertumpu kepada penjual – penjual dipasar, pembekal daging ( pemborong ) , penternak tempatan dan individu perseorangan.
Jualan lembu hidup juga lebih mendapat sambutan terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah. Permintaan pada musim perayaan lebih tertumpu pada masjid – masjid dan surau – surau terutama pada musim perayaan Hari Raya Qurban. Selain itu juga, permintaan carcass lebih tertumpu kepada pengusaha – pengusaha restoran dan catering. Harga yang i-Man Farm tawarkan juga amat berpatutan bergantung kepada saiz lembu dan baka lembu.
JENIS TERNAKAN LEMBU
1. Lembu K.K Cross
Ciri – ciri ternakan lembu K.K. Cross adalah mempunyai purata berat badan diantara 80kg sehingga 230kg . Proses kenaikan berat badan yang diperolehi diantara 500 – 800gram sehari mensasarkan pemeliharaan lembu selama 90 hari. Pasaran utama lembu ini adalah semasa perayaan.
2. Lembu Brahman Cross
Ciri – ciri ternakan lembu Brahman Cross ini mempunyai berat badan antara 250 kg sehingga 300kg. Sasaran utama penjualan lembu ini adalah tertumpu kepada perseorangan yang menjalankan aktiviti kenduri dan musim perayaan hari raya qurban.
PERKHIDMATAN SEMBELIHAN & PENGHANTARAN
i-Man Farm mempunyai rumah sembilahan diladang. Ini bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dan kambing. Pekerja - pekerja yang menyembelih ternakan lembu dan kambing juga telah diiktiraf dan telah menyertai Kursus Penyembelihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Sekiranya terdapat pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dalam kuantiti yang banyak, i-Man Farm akan menggunakan Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan. Ini kerana, Rumah Sembelihan di i-Man Farm tidak dapat memenuhi keperluan sembelihan yang banyak.
i-Man Farm juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke kawasan lembah klang sahaja dan Melaka, Negeri Sembilan dan johor bergantung kepada jumlah pesanan dengan jumlah minima pembelian lembu sebanyak 5 ekor I-Man Farm juga mengalu–alukan kehadiran individu perseorangan dan berkumpulan untuk membuat lawatan di ladang I-Man Farm. Antara kunjungan yang pernah dilawati di ladang I-Man Farm ialah sekumpulan pelajar dari Universiti Putra Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia dan Agensi kerajaan.
Hubungi Kami
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad,
No 17, Jalan SG 3/4, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100, Batu Caves, Selangor.
Telefon - 03 6187 3386
Fax - 03 6187 3385
Email - Info@koiman.com.my
Produk KOIMAN
Unit Pemasaran Dan Pembiayaan
03 6187 3384
03 6185 3343
Ar Rahnu X'Change Seri Kembangan
03 8942 1177
Ar Rahnu X'Change Sri Gombak
03 6189 4387
Ar Rahnu X'Change Damansara Damai
03 6158 1132
03 6187 3384
03 6185 3343
Ar Rahnu X'Change Seri Kembangan
03 8942 1177
Ar Rahnu X'Change Sri Gombak
03 6189 4387
Ar Rahnu X'Change Damansara Damai
03 6158 1132
Maklumbalas Anda
Traffic Visitor






Who Is Online
1
Online
2023-06-01