Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan lengkap waktu imsak dan waktu berbuka puasa Selangor 2026, berpandukan jadual zon Selangor serta bersumberkan Pejabat Mufti Negeri Selangor, bagi memudahkan perancangan ibadah harian sepanjang bulan Ramadan.
Zon Waktu Solat Selangor 2026
Jadual ini merujuk kepada Zon 1 Selangor, yang meliputi kawasan berikut:
-
Hulu Selangor
-
Gombak
-
Petaling / Shah Alam
-
Hulu Langat
-
Sepang
Puasa Ramadan adalah ibadah wajib bagi setiap Muslim yang baligh, berakal dan mampu. Ia dilakukan dengan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan niat kerana Allah SWT.Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perbuatan sia-sia, berkata-kata buruk dan perkara yang mengurangkan pahala puasa.
Niat Puasa Ramadan
Lafaz Niat Puasa
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma ghadin ‘an ada-i fardhi syahri ramadhana hazihis sanati lil’lahi ta’ala.
Maksud : Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu di bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma syahri ramadhana kul’lihi lil’lahi ta’ala.
Maksud: Sahaja aku berniat puasa keseluruhan di bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.
Doa Berbuka Puasa
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksud:”Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang pengasih”.
Semoga Ramadan 2026 menjadi bulan penuh keberkatan, keampunan dan ketenangan buat semua. 🌙