Ibu Pejabat (HQ)

Wisma Koperasi Iman,
No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Buletin Koiman

Jawatan Kosong: Pegawai Jualan (Pelancongan)

Kami sedang mencari calon yang berpengalaman, berdedikasi dan berminat dalam industri pelancongan untuk menyertai pasukan kami.

Skop Tugas:
1. Mempromosi dan menjual pakej pelancongan domestik dan antarabangsa kepada pelanggan individu, korporat dan agensi.
2. Memberikan khidmat pelanggan yang cemerlang termasuk menjawab pertanyaan, memberi cadangan destinasi, dan mengurus dokumentasi perjalanan.
3. Menjalin hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dan membina rangkaian pelanggan baharu melalui pelbagai saluran jualan.
4. Mengurus tempahan penerbangan, penginapan, pengangkutan dan aktiviti lawatan berdasarkan keperluan pelanggan.
5. Merancang itinerari atau pakej pelancongan yang disesuaikan (customized) mengikut bajet dan kehendak pelanggan.
6. Berunding dengan pembekal seperti hotel, syarikat penerbangan, dan operator pelancongan bagi mendapatkan harga kompetitif.
7. Mengambil bahagian dalam pameran pelancongan, aktiviti promosi dan kempen pemasaran.
8. Menyediakan laporan jualan, analisis pasaran, dan cadangan strategi kepada pihak pengurusan.

Kelayakan:
1. Sekurang-kurangnya Diploma dalam Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti atau bidang berkaitan.
2. Pengalaman kerja dalam industri pelancongan atau jualan sekurang-kurangnya 5 tahun keatas (diutamakan).
3. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
4. Mahir menggunakan komputer dan sistem tempahan pelancongan.
5. Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
6. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Bahasa tambahan adalah satu kelebihan.
7. Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat dan pada hujung minggu, jika diperlukan.

📧 Permohonan: Sila hantar permohonan melalui platform berikut:

🔹 Indeed: [https://malaysia.indeed.com/job/pegawai-jualan-operasi-pelancongan-sales-travel-ab2f4f50c9a222c8]
🔹 MyFutureJobs: [https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=74e361d0ee4f4c81863db7099e65e08a]
🔹 JobStreet: [https://my.jobstreet.com/job/84078919]

Tarikh tutup permohonan: [31/5/2025]
Terima kasih atas minat anda untuk menyertai kami.