Ibu Pejabat (HQ)

Wisma Koperasi Iman,
No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Perniagaan KOIMAN

HIBAH HARTANAH

Apakah Itu Hibah?

Hibah adalah suatu akad / kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Apakah Rukun & Syarat Hibah?

1

Penghibah

Individu beragama Islam yang berumur 18 tahun ke atas, waras dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.

2

Penerima Hibah

Individu beragama Islam atau bukan Islam yang layak berdasarkan peruntukan hukum dan perundangan dan mampu menerima aset yang dihibahkan oleh penghibah.

3

Harta

Harta hibah hendaklah bebas daripada segala bebanan hutang, tiada sekatan dari segi perundangan dan harta boleh dipindahmilik.

4

Sighah (Ijab dan Qabul)

Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah.

Hibah Hartanah

Hibah Hartanah adalah pemberian harta hibah iaitu hartanah melalui konsep hibah dan amanah oleh pemberi hibah semasa hidupnya kepada penerima hibah atas dasar kasih sayang dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pemberian tersebut adalah melalui Ijab & Qabul (Sighah) di dalam dokumen Surat Ikatan Hibah / Amanah yang diperuntukkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui dan berkuatkuasa serta merta selepas disempurnakan.

Apakah Jenis Hartanah Yang Boleh Dihibahkan?

Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hakmilik Sahaja. Terpakai hartanah di semenanjung Malaysia sahaja. Hakmilik Asal/Hak Milik Strata mestilah atas nama Penghibah/pemilik mutlak

hibah

Kebaikan & Faedah Hibah

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah Hartanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid dan sesiapa Sahaja layak sebagai Penerima Hibah
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan perlaksanaan tanpa melalui Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat yang terdapat pada Harta Hibah tersebut semasa hidup.

Info Lanjut Hibah

Wisma Koperasi Iman

No. 17, Jalan SG 3/4,
Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat: 8.30 am - 5.30 pm
Sabtu - Ahad: Tutup