Utama  //  Perkhidmatan  //  i-Man Farm

KOIMAN dengan ini melebarkan sayapnya dengan perkhidmatan penternakan lembu . Perkhidmatan yang dinamakan i-man FARM ini lebih tertumpu kepada ibadah qurban. Namun selain itu, i-man FARM juga memasarkan lembu untuk kenduri kendara, catering dan peniaga pasar.

Syarat- syarat sebelum lembu dipasarkan:

  1. Lembu jantan yang sihat serta cukup umur (2 tahun ke atas).
  2. Berat antara 170-260 kg
  3. Baka KK/Brahman Cross
  4. Lembu i-man FARM sihat fizikal serta cukup sifat.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi pegawai kami :

  1. Cik Zalifah - 019-626 1245
  2. En Yushairy - 017-2983659
  3. En Zulfadhli - 011-23726512
  4. En Amir - 018 - 904 0691

Latar Belakang i-Man Farm

 

Pusat Ternakan i-Man Farm kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan  tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 250 ekor lembu pada satu-satu masa. Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman  yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada.

i-Man Farm mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru. Selain itu pelan jangka panjang sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.

ternakan ladang iman farm

Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya  awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar. Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan  pengurusan dan pengawasan operasi.