Utama  //  Perkhidmatan  //  Ar-Rahnu X'Change

 

     

 

 

Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi Iman dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dibuka pada 16hb Mei, 2008. Pajak Gadai ini di namakan Ar-Rahnu X’Change dibawah konsep francais dari kumpulan Bank Rakyat.

Kedai ini terletak berdekatan dengan Pejabat Urusan Koperasi Iman di Bandar Sri Gombak. Kedai Ar-Rahnu X’Change ini telah dibuka dan perasmiannya oleh Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Mansor bin Saad; dalam tahun 2008.

 

TUJUAN AR – RAHNU

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera
  • Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai

 

KELEBIHAN AR – RAHNU

  • Pinjaman bebas riba
  • Upah simpan yang rendah berbanding konvesional
  • Proses lelongan yang telus
  • Perlindungan insuran

 

KONSEP SYARIAH PRODUK

KONSEP PRODUK

Qardhul Hasan

  • Pinjaman kebajikan tanpa faedah


Wadiah yad Dhamanah

  • Simpanan dengan jaminan keselamatan


Ujrah

  • Upah simpan barang gadaian

 

JENIS – JENIS PRODUK

  1. AR – RAHNU
  2. AZ ZAHAB

 

CIRI – CIRI PRODUK

KELAYAKAN : -

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
  2. Berumur dari 18 tahun dan ke atas
  3. Tidak muflis

 

HAD PINJAMAN

SKIM AR – RAHNU

  1. 65 % atas nilai marhun
  2. Maksimum RM10,000.00 bagi setiap gadaian sehari
  3. Maksimum RM50,000.00


SKIM AZ ZAHAB

  1. 65 % atas nilai marhun atau
  2. Maksimum RM100,000.00 bagi setiap gadaian

 

TEMPOH GADAIAN

SKIM AR – RAHNU

  1. Maksimum enam bulan
  2. Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan.

SKIM AZ ZAHAB
Pelanggan diberi pilihan : -

  1. Maksimum 3 tahun bagi tempoh bayaran secara ansuran
  2. Bagi pelanggan yang membayar secara sekaligus tempoh pinjaman adalah seperti berikut :-
    • Lanjutan 2 bulan terakhir dengan syarat menjelaskan upah simpan

 

KEKERAPAN GADAIAN

SKIM  AR – RAHNU

  • Jumlah pinjaman sehari tidak melebihi RM10,000.00
  • Jumlah pinjaman terkumpul tidak melebihi RM50,000.00 (tidak temasuk upah simpan)

SKIM  AZ ZAHAB

  • Gadaian RM10,001.00 keatas
  • Jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000.00

GADAIAN SEMULA

  • Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa
  • atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula

 

CARA BAYARAN BALIK

SKIM AR – RAHNU

  • Bayaran balik boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat

SKIM AZ ZAHAB

  • Bayaran balik adalah ansuran bulanan atau sekaligus

 

JADUAL HARGA EMAS SEMASA

Maklumat Terkini

Prestasi Terbaik 15 Koperasi Di Malaysia

Prestasi Terbaik 15 Koperasi Di Malaysia

Tahniah. Atas usaha yang berterusan dengan penglibatan langsung oleh Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman serta seluruh kakitangan yang dedikasi dalam meletakkan Koperasi Iman ke tahap yang membanggakan. Koperasi Serbaguna Iman...

Read more

Premis Dan Lot Tanah untuk Disewa

Premis Dan Lot Tanah untuk Disewa

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) mempelawa individu, peniaga ataupun usahawan bagi menyewa premis dan lot tanah milik Koperasi seperti yang dinyatakan. Butiran penyewaan :  a) Penyewaan Bangunan  b) Penyewaan Lot Tanah Rajah dibawah...

Read more

Penjualan Lembu dengan Harga Istimewa 20…

Penjualan Lembu dengan Harga Istimewa 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kami Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad di bawah perniagaan ternakan berjenama i-Man Farm sedang menawarkan penjualan lembu dengan harga istimewa untuk majlis keraian, aqiqah dan sebagainya. Tawaran ini...

Read more

Perkhidmatan Kalkulator

Permohonan pembiayaan secara online

Kembali Ke Atas