DASAR PRIVASI

 

 DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (APDP) 2010

 

 

 

PENGENALAN 

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 yang telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013 bertujuan bagi kawalan pemprosesan data peribadi dalam transaksi-transaksi komersial, Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KO-IMAN) memperuntukkan dasar privasi dalam memastikan pematuhan sepenuhnya dengan Akta berkenaan.

 

Dasar Privasi ini diharap dapat memperjelaskan kepada anda tentang bagaimana KO-IMAN mengurus data peribadi anda yang dikumpulkan, diproses dan disimpan oleh KO-IMAN sama ada ia berkaitan pada masa kini atau pada masa akan datang.

 

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad ("KO-IMAN") menitikberatkan soal Perlindungan Data Peribadi anda dan meletakkan soal perlindungan maklumat kerahsiaan anda pada tahap tertinggi.

 

Dasar Kerahsiaan ini menerangkan terma-terma umum tentang bagaimana cara kami melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP") iaitu :

 

a.    Bagaimana data dikumpulkan;

 

b.    Jenis maklumat yang dikumpulkan;

 

c.    Tujuan pengumpulan data peribadi;

 

d.    Data Peribadi Sensitif;

 

e.    Pendedahan maklumat peribadi,

 

f.     Hak untuk mengakses, membetulkan dan menambah maklumat peribadi;

 

g.    Akibat keengganan / kegagalan membekalkan data peribadi;

 

h.    Perlindungan Data Peribadi.

 

i.      Tempoh Penyimpanan Data.

 

j.      Pemberitahuan Perubahan

 

 

A)   BAGAIMANA DATA DIKUMPULKAN

 

Data peribadi anda akan dikumpulkan melalui sumber-sumber berikut :

 

i)              Resume;

 

ii)             Borang permohonan pekerjaan;

 

iii)            Surat-surat dan sijil-sijil pengajian;

 

iv)           Sijil-sijil latihan yang berkaitan;

 

v)            Salinan kad pengenalan;

 

vi)           Salinan pasport;

 

vii)          Salinan surat beranak

 

viii)         Apa-apa e-mel atau surat-menyurat yang dihantar kepada KO-IMAN daripada anda yang meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;

 

ix)           Apa-apa maklumat dalam bentuk teks pesanan ringkas, gambar atau video yang telah diberikan melalui e-mail, di laman sesawang KO-IMAN atau mana-mana laman sosial KO-IMAN kepada kakitangan KO-IMAN.

 

x)            Apa-apa rujukan daripada seseorang yang telah dimasukkan dan disahkan butiran kenalan;

 

xi)           Surat tawaran atau maklumat pengesahan daripada institusi kewangan;

 

xii)          Dokumen yang dihantar melalui faks;

 

xiii)         Borang-borang rasmi pejabat;

 

xiv)        Borang-borang rasmi permohonan produk-produk KO-IMAN;

 

xv)         Rakaman pesanan suara telefon;

 

xvi)        Rakaman kamera tertutup;

 

xvii)       Dokumen rasmi seperti pekeliling, memo dalaman, laporan, kertas kerja, nota bertulis.

 

xviii)      Proposal syarikat / produk, katalog, flyers yang diberikan kepada KO-IMAN;

 

xix)        Iklan dan penerbitan artikel di surat khabar, radio, laman sesawang, laman sosial.

 

 

B)   JENIS MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN 

KO-IMAN perlu mengumpul dan memproses data peribadi anda seperti yang berikut :

   i.      Maklumat peribadi

 

Nama penuh, nombor kad pengenalan lama/baru, nombor polis, nombor pasport,  kewarganegaraan, kod kategori pemilik, tarikh lahir, tempat lahir, umur, jantina, agama, status perkahwinan, nombor telefon bimbit, nombor telefon pejabat, nombor telefon rumah, berat, tinggi, saiz pakaian, gambar,butir-butir perbankan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penyata KWSP, nombor Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), nombor  daftar cukai pendapatan, nombor akaun bank, nama akaun bank, alamat tetap, alamat surat-menyurat, email, nama kenalan dalam KO-IMAN, status kebankrapan, kesalahan jenayah yang pernah disabitkan, penglibatan sebagai pengarah dalam mana-mana syarikat swasta atau perkongsian perniagaan.

   ii.     Maklumat Pembiayaan

 

Maklumat pembiayaan KO-IMAN dan pembiayaan luar selain KO-IMAN, nama pembiaya, jenis pembiayaan, jumlah ansuran pembiayaan, status milikan rumah dan/ atau aset, nombor rujukan pembiayaan, jumlah pembiayaan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembiayaaan yang diterima seperti tempoh bayaran balik, bayaran fi/tolakan, tarikh-tarikh yang berkaitan dengan urusan permohonan, pemprosesan dan pengeluaran pembiayaan, rekod pembayaran, maklumat tunggakan, maklumat komoditi, nombor siri gadaian, nombor pelanggan, maklumat gadaian (nilai marhun, upah simpan bulanan, jumlah upah simpan, keterangan marhun, cap jari), maklumat resit bayaran (nombor resit bayaran, jenis produk/tujuan pembayaran, jumlah bayaran, caj upah simpan, lain-lain caj).

   iii.    Maklumat Kenderaan

 

Maklumat lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan, sejarah pemanduan, model kenderaan, nombor geran kenderaan, tempoh kenderaan diinsurankan, keupayaan padu, nombor enjin kenderaan, nombor casis kenderaan, jenis badan kenderaan, ruang duduk termasuk pemandu, tahun kenderaan dibuat, jumlah perlindungan insurans, institusi perbankan  syarikat pembiayaan kenderaan, kelayakan NCD, perlindungan tambahan, ruang/lokasi penyimpanan kenderaan, nombor rujuka sijil insurans, nombor siri tuntutan/pembatalan tuntutan hak milik, kod/nama pihak menuntut, status rekod e-Hak milik.

   iv.   Maklumat Individu Untuk Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan

 

Nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, hubungan, alamat tetap, email.

   v.    Tahap Pendidikan

 

Nama sekolah, nama pusat pengajian, nama kursus yang telah dan sedang dihadiri, tahun selesai pengajian, tarikh hadir kursus, kelayakan, gred keputusan, nama pusat penganjur latihan / nama pelatih, kemahiran teknikal, pensijilan dan pendaftaran profesional.

   vi.   Bahasa Atau Dialek

 

Maklumat bahasa atau dialek lisan, maklumat bahasa atau dialek secara bertulis, skala kefasihan secara lisan, skala kefasihan secara bertulis.

   vii.   Kemahiran Di Pejabat

 

Jenis kemahiran di pejabat, jumlah tahun pengalaman, jenis perisian / kelajuan / nota.

   viii.  Maklumat Pekerjaan

 

      ·    Majikan semasa

 

Nama majikan/jabatan, alamat majikan, nombor pendaftaran perniagaan, bahagian/unit, nombor telefon pejabat dan sambungan, email, status jawatan, jawatan semasa mula berkhidmat, jawatan sekarang, tarikh mula berkhidmat, gaji semasa mula berkhidmat, gaji sekarang, jumlah elaun tetap, lain-lain faedah perkhidmatan, tugas dan tanggungjawab, sebab untuk meletakkan jawatan, jumlah gaji yang dipohon, tarikh boleh mula bekerja, status permit kerja, status ketenteraan.


Rekod ketidakhadiran bertugas, permohonan dan kelayakan cuti, sejarah dan jangkaan gaji, penilaian prestasi, surat penghargaan dan pujian dan dokumen melibatkan prosedur disiplin dan aduan (termasuk pemantauan terhadap pematuhan dan       penguatkuasaan dasar KO-IMAN);

          ·     Majikan terdahulu

 

Nombor pekerja, Nama majikan, jawatan terakhir, tarikh mula berkhidmat, tarikh akhir berkhidmat, gaji semasa mula berkhidmat, jumlah gaji terakhir, sebab perletakan jawatan, pencen.

   ix.    Latar Belakang Keluarga

 

·    Maklumat pasangan

 Nama pasangan, nombor kad pengenalan pasangan, nombor pasport bagi suami atau isteri, nombor cukai perkhidmatan, pejabat cawangan cukai pendapatan, nama majikan sekarang,  nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, nombor telefon bimbit,  alamat tetap dan surat menyurat, email.

 

      ·   Maklumat ahli keluarga

 

   Nama, hubungan, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor cukai perkhidmatan, pejabat cawangan cukai pendapatan, nama majikan sekarang,  nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, nombor telefon bimbit, alamat tetap dan surat menyurat, email.

   x.    Sumber Rujukan

 

Nama rujukan, alamat, nombor telefon, pekerjaan, tempoh masa perkenalan.

   xi.   Aktiviti

 

Hobi, minat dan kecenderungan.

   xii.  Maklumat kesihatan

 
Keupayaan fizikal, kecacatan fizikal, penyakit yang pernah dan sedang dialami, rawatan yang sedang dijalani dan dirujuk dengan pakar perubatan, sejarah penyakit dalam keluarga, jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari, tempoh masa merokok, insurans / takaful dan maklumat perlindungan serta keperluan khas

  xiii.   Maklumat Yang Dirakam

 

              Pesanan  suara, visual kamera tertutup, video, gambar yang dihantar melalui alat komunikasi oleh anda kepada KO-IMAN ;

   xiv.    Maklumat Surat Menyurat

 

              Surat-menyurat, e-mel, teks pesanan ringkas  yang dihantar melalui alat komunikasi oleh anda kepada KO-IMAN;

   xv.  Saksi

 

                            Nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, tandatangan, cop jari.

  xvi.     Audio dan video

     Rakaman percakapan dalam talian telefon, rakaman visual kamera litar tertutup. 

C)   TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

KO-IMAN akan menggunakan data peribadi anda untuk melaksanakan obligasinya sebagai majikan/bakal majikan anda. Selain itu,  untuk menjamin calon-calon yang berpotensi untuk pekerjaan yang ditawarkan adalah yang sesuai dengan KO-IMAN.

KO-IMAN juga berperanan menawarkan perkhidmatan produk-produk kepada anggota / pelanggan yang berurusan dengan KO-IMAN secara terus atau melalui kakitangan yang dilantik.

Melaksanakan tanggungjawab sebagai koperasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi pematuhan Akta Koperasi 1993 (Akta 503), Undang-undang Kecil KO-IMAN, garis paduan, pekeliling dan arahan-arahan yang diterima dari semasa ke semasa.

Secara khususnya, data peribadi dikumpulkan dan diproses oleh KO-IMAN boleh digunakan adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut :

i)              Melaksanakan kontrak pekerjaan;

ii)           Menguruskan semua aspek berhubung dengan pekerjaan anda termasuk (tetapi tidak terhad kepada), gaji, faedah, pembayaran balik kos perjalanan dan tuntutan merujuk kepada buku terma kakitangan, pembangunan dan latihan, pemantauan ketidakhadiran, penilaian prestasi, disiplin dan proses aduan;  urusan pentadbiran dan sumber manusia umum yang lain;

iii)           Mengesahkan kelayakan akademik dan profesional dengan menghubungi universiti / kolej / institut / badan-badan profesional / sekolah.

iv)           Melaksanakan pengurusan pentadbiran dan penyimpanan rekod yang sewajarnya bagi semua perkara di mana KO-IMAN bertindak sebagai majikan;

v)            Menjalankan tinjauan pendapat kakitangan / anggota / pelanggan dan mengadakan program-program pengiktirafan kakitangan / anggota / pelanggan;

vi)           Membangunkan tenaga kerja dan rancangan penggantian;

vii)          Menguruskan rekod penyakit dan program kesihatan pekerja;

viii)         Menjalankan pemeriksaan latar belakang sebagaimana yang diperlukan atau sesuai;

ix)           Kegunaan pentadbiran/keselamatan/sekuriti/statistik/akaun (pembilan dan audit) dan sistem informasi;

x)            Menguruskan penamatan pekerjaan, menyediakan dan menyelenggarakan maklumat;

xi)           Menilai permohonan kerja untuk jaminan kualiti calon;

xii)          Menguruskan maklumat perhubungan untuk kecemasan dan butiran benefisiari (yang melibatkan maklumat simpanan KO-IMAN tentang penama yang anda namakan di dalam hal ini);

xiii)         Membolehkan permohonan kakitangan/anggota/pelanggan untuk melanggan produk-produk KO-IMAN diproses mengikut prosedur yang ditetapkan;

xiv)        Membuat penilaian kredit dan latar belakang jika dan apabila difikirkan perlu;

xv)         Membolehkan siasatan dalaman dan tindakan dilakukan mengikut prosedur yang  ditetapkan;

 xvi)      Memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan, termasuk mematuhi apa-apa undang-undang dan / atau perintah-perintah mahkamah dan pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, Undang-undang Kecil, garis panduan, pekeliling atau kod, kontrak, perjanjian dan/atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang diperlukan oleh KO-IMAN dari semasa ke semasa;

xvii)       Memaparkan maklumat bagi tujuan pengiklanan  perkhidmatan atau produk melalui media cetak, media elektronik, laman sesawang, email, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon, teks sistem pesanan ringkas, aplikasi jaringan sosial) kepada pihak ketiga;

xviii)      Membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan, sila rujuk kepada “Senarai badan- badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institut-institut”;

xix)        Melindungi keselamatan KO-IMAN, kakitangan dan harta KOPERASI (termasuk mengawal dan memudahkan akses kepada premis dan pemantauan aktiviti di premis yang selamat dan aktiviti menggunakan komputer dan alat komunikasi milik KO-IMAN; dan sumber-sumber lain);

xx)         Penyimpanan rekod dalaman KO-IMAN;

D)   DATA PERIBADI SENSITIF

Di bawah APDP, “data peribadi sensitif” adalah merangkumi pelakuan atau pengataan perlakuan apa-apa kesalahan, keadaan atau kesihatan fizikal atau mental dan apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. KO-IMAN akan memaklumkan tujuan untuk pengumpulan dan pendedahan data peribadi sensitif anda dengan persetujuan secara nyata.

E)   PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI

KO-IMAN akan memastikan data peribadi anda dirahsiakan. Walau bagaimanapun, pendedahan kepada pihak ketiga adalah bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perkara Tujuan Pengumpulan Data Peribadi. KO-IMAN tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga melainkan ia berada dalam lingkungan pendedahan di bawah undang-undang / garis-garis panduan yang disediakan dan / atau anda telah memberikan persetujuan bagi pendedahan sedemikian, KO-IMAN boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak-pihak yang tidak terhad kepada senarai di bawah

i)     ANGKASA / rakan niaga / organisasi berkaitan dan / atau pegawainya untuk penzahiran apa-apa maklumat individu yang berkaitan dengan maklumat peribadi, pembiayaan, keanggotaan koperasi, akaun potongan gaji (SPGA dan lain-lain sistem yang seumpamanya) dan lain-lain maklumat Pemohon ke Sistem KO-IMAN, RAM Credit Info, Pelanggan RAMCI, CTOS atau mana-mana agensi pelaporan kredit termasuk Bank dan / atau Institusi Kewangan, rakan niaga, syarikat-syarikat, di mana ianya perlu dalam apa cara KO-IMAN / ANGKASA / rakan niaga / organisasi berkaitan merasakan perlu, bagi berkaitan dengan maksud seperti dinyatakan di bawah seksyen 24 menurut Akta Agensi Pelaporan Kredit (Akta 710);

i)     Pihak berkuasa bagi memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan, perintah-perintah mahkamah sama ada yang sedang berlangsung atau tertangguh.

        ii)    Apabila wujud siasatan dalaman tindakan tatatertib kakitangan;

iii)   Pendedahan kepada agensi-agensi kerajaan, autoriti berkanun dan / atau pegawai industri yang mana KO-IMAN diwajibkan atau diperlukan untuk berbuat demikian menurut apa-apa undang-undang merujuk kepada Lampiran A1 – Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institut-institut;

iv)    Pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan KO-IMAN

v)   Doktor atau klinik panel yang dilantik oleh KO-IMAN;

vi)  Agensi takaful yang dilantik oleh KO-IMAN;

vii)Syarikat pemungut hutang yang dilantik oleh KO-IMAN;


F)  
HAK ANDA UNTUK MENGAKSES, MEMBETULKAN DAN MENAMBAH MAKLUMAT PERIBADI

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh KO-IMAN dan membuat pembetulan serta penambahan maklumat kepadanya khususnya kepada perkara berikut:

i)      Memeriksa sama ada KO-IMAN memegang atau menggunakan data peribadi anda dan membuat permohonan untuk mendapatkan akses kepada data tersebut.

ii)     Memohon KO-IMAN membetulkan mana-mana data peribadi anda yang didapati tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk dan membekalkan anda dengan sesalinan Data Peribadi anda seperti yang diperbetulkan;

iii)    Berkomunikasi dengan KO-IMAN secara bertulis berkenaan dengan data peribadi  yang dilarang untuk di serahkan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan KO-IMAN tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut;

G)   AKIBAT KEENGGANAN / KEGAGALAN MEMBEKALKAN DATA PERIBADI

Sekiranya anda gagal memberikan Data Peribadi, mungkin akan mengakibatkan berlakunya perkara berikut dan KO-IMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang implikasi daripadanya :

  1.     Ketidakupayaan KO-IMAN untuk melaksanakan apa-apa kontrak perkhidmatan, dan / atau pemproses kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam kontrak perkhidmatan;
  2.     Ketidakupayaan KO-IMAN untuk melaksanakan pemprosesan untuk melanggan produk-produk yang ditawarkan;
  3.     Ketidakupayaan KO-IMAN untuk mengemaskini data peribadi;
  4.     Kegagalan mematuhi apa-apa undang-undang, garis panduan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil dan / atau akta yang terpakai terhadap KO-IMAN;
  5.     Kegagalan melaksanakan siasatan dalaman, tindakan undang-undang ke atas pesalah laku yang boleh menjejaskan kredibiliti KO-IMAN.

 

H)   PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KO-IMAN berusaha untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan dan prosedur yang sesuai, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang boleh diguna pakai untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang. Langkah-langkah keselamatan dan kawalan dalaman berikut diambil bagi melindungi maklumat peribadi anda :

  1. KO-IMAN hanya memberi kuasa kepada kakitangan-kakitangan tertentu mengikut skop tugas untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi anda.
  1. KO-IMAN akan menyimpan dan memproses data anda dengan cara yang selamat melalui sistem pengkomputeran, sistem ICT KO-IMAN dan / atau secara bertulis/cetakan. Langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut :

(i)            Sistem Pengkomputeran

·   Data disimpan dalam sistem komputer yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti firewall, antivirus dan diselenggarakan secara berjadual.

(ii)           Sistem KO-IMAN

·   Setiap kakitangan KO-IMAN yang  dibekalkan dengan nama ID dan Password adalah eksklusif kepada satu-satu pengguna untuk setiap sistem  yang digunakan di KO-IMAN;

·   Kakitangan KO-IMAN juga dibekalkan dengan fungsi skrin yang terhad bersesuaian dengan maklumat yang diproses dan disimpan;

·   Data pelanggan juga disimpan dalam server pangkalan data yang dilengkapi kata laluan khas untuk diakses oleh kakitangan KO-IMAN atau pihak ketiga yang dilantik secara kontrak yang bertanggungjawab bagi tujuan penyelenggaraan, pengemaskinian dan pemantauan secara berjadual. Server turut dilengkapi dengan firewall, antivirus dan pangkalan data;

·   Menggunakan sistem bank untuk urusan penggajian yang memiliki sistem enkripsi bagi penghantaran maklumat bayaran.

(iii)          Bertulis / cetakan

·   Dokumen yang diterima secara bertulis atau dokumen yang dicetak melalui sumber email, faks, dan atau peralatan komunikasi akan difailkan dan disimpan dalam almari penyimpanan berkunci. Almari tersebut hanya boleh diakses oleh kakitangan tertentu dan ditempatkan di bahagian/unit yang berkenaan.

Sekiranya data peribadi diberikan kepada pihak ketiga, KO-IMAN akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak-pihak ini adalah terikat secara kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk apa-apa sebab selain daripada untuk menyediakan perkhidmatan yang mereka dikontrakkan.


I)     TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

KO-IMAN akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini melainkan sekiranya tempoh penyimpanan yang lebih lama adalah dibenarkan atau dikehendaki oleh peruntukan Akta.

KO-IMAN akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan apabila tidak lagi diperlukan.

Walau bagaimanapun, KOPERASI berhak menyimpan atau memproses Data Peribadi yang berkaitan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:

  • Apabila diperlukan atas  urusan undang-undang;
  • Apabila wujud tindakan undang-undang, sama ada yang sedang berlangsung atau tertangguh;
  • Untuk proses pelaksanaan faedah persaraan anda;
  • Bagi tujuan pengambilan semula kakitangan;
  • Tempoh langganan produk-produk KO-IMAN masih aktif dan berjalan.


J) PEMBERITAHUAN PERUBAHAN

Dasar Kerahsiaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Dasar Kerahsiaan ini dan pengemaskiniannya tersedia untuk rujukan semua kakitangan / anggota / pelanggan.

Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi dan institut-institut;

1.    Kementerian, suruhanjaya, jabatan, agensi, cawangan negeri, cawangan daerah di peringkat persekutuan yang berurusan dengan KO-IMAN.

2.    Jabatan-jabatan negeri, cawangan jabatan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan tanah yang berurusan dengan KO-IMAN.

3.    Syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

4.    Polis Di Raja Malaysia.

5.    Hospital dan klinik kerajaan.

6.    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;

7.    Pertubuhan Keselamatan Sosial

8.    Lembaga Hasil Dalam Negeri;

9.    Dana Pembangunan Sumber Manusia;

10.  Tenaga Nasional Berhad;

11.  Syarikat Bekalan Air, SYABAS;

12.  Syarikat swasta yang berurusan dengan KO-IMAN.

13.  Juruaudit dalam;

14.   Mahkamah Tinggi, Mahkamah-mahkamah rendah atau tribunal-tribunal, Mahkamah Perusahaan.

15.   Agensi-agensi atau pertubuhan yang didaftar oleh KO-IMAN. Contoh : Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, ANGKASA dan sebagainya;

16.    Bank-bank, institut-institut kewangan dan koperasi;

17.    Syarikat insurans / takaful yang dilantik oleh KO-IMAN;

18.    Juruaudit kewangan luar yang dilantik oleh KO-IMAN;

19.    Syarikat firma undang-undang yang dilantik oleh KO-IMAN.

20.    Panel klinik yang dilantik oleh KO-IMAN

Apa-apa perubahan atau pindaan, kami akan memaklumkan anda dengan sewajarnya. Terima kasih.