Utama  //  Berita
Artikel Sinar Harian bertarikh 17 Julai 2016






Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 22 koperasi kredit yang akan disiasat secara terperici untuk mengelakkan koperasi tersebut didalangi ah long. Koperasi - koperasi ini juga gagal mematuhi undang - undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mana pendaftaran mereka boleh dibubarkan jika terbukti bersalah. Sejak 29 Jun yang lalu, 12 koperasi telah dibubarkan dengan serta merta atas kesalahan melanggar undang - undang SKM.

Pihak SKM akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) (Akta 502) dan boleh dibawa ke mahkamah untuk disabitkan kesalahan jenayah.Buat masa kini, terdapat 639 koperasi yang menjalankan aktiviti kredit dan mempunyai anggota seramai 2.17 juta orang dan modal syer sebanyak RM 9.3 bilion.
 
Artikel Sinar Harian bertarikh 20 Jun 2016,






Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Felda bahawa masyarakat luar bandar terbeban ekoran masalah kenaikan harga bahan mentah. Beliau memohon agar kerajaan lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut. Beliau menyatakan bahawa tiga kementerian utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Felda perlu berganding bahu dalam mencari penyelesaian masalah tersebut.

Beliau mencadangkan agar pihak yang terbabit bekerjasama dengan pihak koperasi untuk program penternakan dan pertanian yang mana penggunaan sistem koperasi mampu mengawal harga barang berbanding penggunaan orang tengah. Kerajaan juga mampu mengurangkan kos mengimport bahan mentah dari luar negara jika dapat melakukan aktiviti penternakan dan pertanian secara besar besaran demi menampung keperluan domestik.
 

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad ingin memaklumkan bahawa kami ada menyediakan perkhidmatan terbaru iaitu takaful e-covernote untuk urusan insuran kenderaan anda. Butir butir maklumat adalah seperti dibawah :

TAKAFUL IKHLAS MOTOR

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad merupakan ejen sah yang berdaftar dengan Takaful Ikhlas. Justeru itu, perkhidmatan yang disediakan adalah memperbaharui insuran kenderaan dan cukai jalan.

                                                                                                                                                           Cars Pic

TAKAFUL IKHLAS MOTOR MUDAH DAN CEPAT

Antara faktor memilih kami untuk urusan takaful e-covernote :

  • Tidak perlu ke JPJ
  • Tidak perlu ke Pejabat Pos
  • Kelulusan tuntutan segera
  • Jumlah Perlindungan mengikut harga pasaran
  • Cukai jalan dihantar terus ke rumah atau pejabat
  • Khidmat bantuan jalanraya 24 jam dengan kos penundaan percuma


MANFAAT PILIHAN

Manfaat berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:

  • Liabiliti Penumpang
  • Kerosakan Cermin
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  • Banjir dan Ribut
  • Sistem Radio Kaset/CD/DVD
  • Motorist Personal Accident
  • Program Penggantian Kereta

 

Sekiranya berminat, boleh berhubung dengan Pn. Norrina binti Basir/ Cik Norashikin binti Zulkifli di talian 03-61873386 atau menghantar salinan geran kenderaan anda di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi mendapatkan sebutharga insuran kenderaan anda secara percuma.

 

Atau

 

Dapatkan sebutharga insuran kenderaan dan cukai jalan anda secara percuma dengan menghubungi pegawai KOIMAN Pn. Norrina binti Basir/ Cik Norashikin binti Zulkifli di talian 03-61873386 atau menghantar salinan geran kenderaan anda di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


                                                                                                            TAKAFUL IKHLAS





 



Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad ingin memaklumkan bahawa Tanah di Tambun, Ipoh milik Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad di Hulu Kinta, Perak akan dijual. Tanah ini berada di kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dan strategik untuk pelaburan. Antara sebab tanah ini berada di kawasan strategik ialah:

  1. Terletak 3 km dari Pekan Tanjung Rambutan dan 4 km dari pusat rekreasi Lost World Of Tambun.
  2. Berada di jalan utama Kawasan Perindustrian Perpaduan, Ulu Kinta.
  3. Menjadi jalan perhubungan utama dari Chemor / Tanjung Rambutan dan Tambun / Ipoh.
  4. Berdekatan dengan bandar Tambun dan bandar Ipoh.


Butir - butir tanah adalah seperti di bawah:

Mukim : Hulu Kinta

Daerah : Kinta

Negeri : Perak

Jenis Pegangan : Pajakan

Luas Tanah : 4145 sq.m. atau 44617 sq.ft.



Gambar - gambar tanah dan kawasan berdekatan




Untuk melihat dengan lebih jelas kawasan tanah tersebut, para pengguna boleh tekan pautan di bawah ini.

Bagi mana mana pembeli yang berminat dengan tanah tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat KOIMAN di talian 03-6187 3386 atau berhubung dengan Pegawai Pembangunan Perniagaan kami di nombor 0192898936 (Whatsapp Sahaja) untuk sebarang pertanyaan atau urusan. Harga yang terbaik akan diberikan sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi.
 

Permohonan pembiayaan secara online