Utama  //  Berita

Artikel Berita Harian bertarikh 20 November 2017



Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) sedia dibangunkan semula oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah pembangunan semula ini dibantu melalui mengemaskini akaun dan mengatur semula mesyuarat agung. 

Selain itu, ANGKASA juga akan melaksanakan program kursus jati diri bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada ahli koperasi. Mereka juga akan dibantu didalam merancang jenis perniagaan yang sesuai agar ianya tidak menjadi ahli koperasi yang tidak aktif dan berstatus 'dorman'.

Datuk Abdul Fattah juga berharap agar kerajaan memperuntukkan dana bagi melatih mereka dalam bidang keusahawaman sekali gus menjana pendapatan ekonomi.

Selanjutnya: Berita Harian Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 19 November 2017



Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2017 telah melabuhkan tirainya pada hari ini meraih kejayaan luar biasa apabila mendapat sambutan daripada koperasi tempatan dan luar negera serta orang ramai dan mencatatkan kehadiran pengunjung sehingga 16,500.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agung, memaklumkan bahawa kejayaan MACCOPS kali ini telah meningkatkan dari segi jumlah pempamer yang mana terdapat 162 gerai termasuk 20 buah koperasi antarabangsa. Beliau berharap koperasi di Malaysia akan terus meningkatkan usaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan menyediakan perkhidmatan mutu tinggi serta mempunyai semangat daya saing di pasaran global.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 17 November 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjalinkan kerjasama dengan Nacf Korea Selatan yang merupakan pengeluar susu lembu ketiga terbesar dunia, bagi membangunkan program lembu tenusu koperasi di negara ini.

Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan pengeluaran susu lembu keluaran koperasi memandangkan pada masa ini pengeluaran susu lembu hanyalah 26 juta liter. Koperasi harus merebut peluang kerajaan yang mahu pengeluaran susu lembu ditingkatkan dari 67 juta liter kepada 118 juta liter menjelang 2020.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berharap kerjasama ini dapat meningkatkan pembangunan industri tenusu yang lebih produktif dan meningkat pendapatan koperasi.

Kejayaan Nacf di Uganda menjadi pemangkin untuk koperasi negari ini menjalin kerjasama dengan Nacf Korea Selatan.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Harian Metro bertarikh 16 November 2017



Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin, memaklumkan bahawa cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007)(Akta 502) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk diperhalusi sebelum dapat dibentangkan di Parlimen.

Beliau memberitahu, cadangan pindaan itu meliputi urus tadbir dan peraturan berkenaan koperasi di negara ini. Perkara ini akan dibentangkan di sesi Parlimen yang akan datang tetapi sekiranya tidak sempat, ia akan dibentangkan di sesi Parlimen seterusnya.

Selanjutnya: Harian Metro

 

Permohonan pembiayaan secara online