Utama  //  Berita


Artikel Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2017



Koperasi yang bersifat umum dan nasional serta stabil perlu membuka keahlian kepada orang ramai yang berminat menjadi ahli mereka. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, terdapat koperasi yang tidak membenarkan keahlian baru dan lebih selesa dengan jumlah keanggotaan sedia ada. Ini adalah penting demi memastikan sasaran Angkasa untuk menjadikan ahli koperasi mencecah kira-kira 10 juta menjelang tahun 2020.

Pada ketika ini terdapat 18,000 koperasi berdaftar dengan keanggotaan sekurang - kurangnya 8 juta maka tidak mustahil untuk mencapai sasaran tersebut.

Selanjutnya: Harian Metro
 
Artikel Harian Metro bertarikh 1 Ogos 2017



Dalam mempertingkatkan taraf hidup pekebun - pekebun kecil, penubuhan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) seawal tahun 1980-an telah ditubuhkan untuk menambahbaik pembabitan mereka dalam sektor ekonomi dengan pengemblengan tenaga, modal, dan kemahiran. Buat masa kini, terdapat 63 koperasi dibawah Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO). Jumlah keanggotaan koperasi tersebut sudah mencecah , 146,955 orang ahli dengan saham terkumpul sebanyak RM 46.73 juta.

Menurut Dasar Koperasi Negara 2011-2020 telah dinyatakan hasrat koperasi untuk menjadi entiti yang dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata modal yang dijana hasil dari gabungan koperasi ke satu badan induk iaitu NARSCO mampu dikembangkan untuk memperoleh keuntungan. Menurut beliau lagi, ahli lembaga koperasi perlu memainkan peranan dalam menggalakkan ahli dalam kawasan supaya membeli baja dan input pertanian dari kedai koperasi untuk menyokong usaha kedai koperasi bersaing dengan pembekal lebih besar.

Selanjutnya: Harian Metro
 
Artikel Sinar Harian bertarikh 18 Julai 2017



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata institusi koperasi hendaklah diuruskan secara professional sepertimana dasar pembangunan yang dilaksanakan negara lain. Selain itu, peluang mencari perniagaan, penglibatan langsung professional turut perlu dijadikan teras utama. Pihak kerajaan turut mengharap koperasi berdiri setanding syarikat yang teguh seperti SDN BHD, syarikat Berhad, dan lain-lain.

Pada hal yang lain, Koperasi Pekebun Kecil (KPK) telah mengumumkan pembayaran dividen sebanyak lima peratus bersamaan RM 80 dan RM 160 kepada 64 koperasi yang meliputi keanggotaan seramai 146,955 orang. Prestasi kewangan yang meningkat hasil kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang telah membantu koperasi pekebun kecil dalam aktiviti pemasaran, kontrak pembangunan ladang, pengangkutan serta jualan input pertanian sepanjang 2012 sehingga 2017

Selanjutnya: Sinar Harian
 
Artikel Sinar Harian bertarikh 6 Julai 2017



Sasaran 50 koperasi seluruh negara mendapat perolehan melebihi RM 1 juta telah diletakkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menjelang tahun 2020. Menurut Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, ketika ini hanya lima buah koperasi yang mencapai sasaran tersebut yang mana mampu dicapai berdasarkan pencapaian semasa perniagaan perniagaan koperasi sekolah yang menunjukkan peningkatan perolehan.

Menurut beliau lagi, bagi tahun terkini sudah 35 buah koperasi sekolah mencatat perolehan lebih RM 800,000 dan hanya tinggal RM 200,000 sahaja untuk dicapai bagi sasaran RM 1 juta dan ini meyakinkan Angkasa sasaran mereka bakal dicapai pada tahun 2020.

Selanjutnya: Berita Harian
 

Permohonan pembiayaan secara online