Utama  //  Berita

Artikel Sinar Harian bertarikh 27 Ogos 2017


Pimpinan koperasi selalu diberi peringatan agar mentadbir organisasi mereka dengan lebih jujur, ikhlas dan cekap bagi memastikan koperasi masing-masing terus kompetetif dan mampu menjana keuntungan. Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, maju mundur sesebuah koperasi berkait rapat dengan tadbir urus organisasi terlibat yang memegang prinsip - prinsip terbabit.

Beliau memaklumkan gerakan kesedaran berkoperasi perlu ditingkatkan supaya menjadi pencetus kepada koperasi di Sabah untuk meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat setempat. Beliau juga berkata kerajaan negeri komited membantu pembangunan koperasi melalui pembangunan modal insan yang berkualiti. 

"Komitmen ini dibuktikan menerusi pembinaan sebuah kompleks latihan yang dikenali sebagai Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi di Kinarut, Papar yang dibangunkan di atas tanah seluas 15 ekar yang disediakan kerajaan negeri."

Selanjutnya: Sinar Harian
 

Artikel Utusan Online bertarikh 28 Ogos 2017



Majlis penutup sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2017 diserikan dengan program Da'i Junior Koperasi yang diadakan julung kalinya dengan kerjasama Surunjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Program ini telah disertai oleh 11 orang pelajar sekolah pelbagai jenis di sekitar Lembah Klang. Menurut Timbalan Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Jamaliah Ismail berkata program ini adalah sebagai permulaan kerjasama SKM dan Koperasi TNB dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang koperasi khususnya generasi muda. Beliau memaklumkan ceramah serta taklimat biasa mengenai koperasi tidak sampai kepada masyarakat keseluruhannya.

Turut hadir Pengerusi Koperasi TNB, Raja Hang Tuah Raja Iskandar.

Selanjutnya: Utusan Harian Online
 

AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ialah agensi yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara bagi membantu individu mengawal situasi kewangan mereka serta menggunakan kredit dengan bijak.

Pihak Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) menyokong penuh usaha - usaha yang dilakukan oleh pihak AKPK seperti pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan juga program pengurusan kredit demi mewujudkan masyarakat yang bijak pengurusan kewangan.

Mari menonton bersama video dari pihak AKPK yang memberi banyak pengertian untuk tatapan semua.


 

Tahniah diucapkan kepada

Norashikin Zulkifli , 
Pegawai Pentadbiran Unit Pentadbiran Pengurusan Risiko dan Audit Dalaman, Bahagian Pembangunan Perniagaan

Dianugerahkan
Pekerja Contoh Jun 2017

Semoga terus memberikan khidmat cemerlang di Koperasi Iman. 



Norashikin Zulkifli

 

Permohonan pembiayaan secara online