Utama  //  Berita
Artikel Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2017



Sebanyak tiga peratus penurunan cukai pendapatan diminta oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada kerajaan. Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berhasrat supaya sektor cukai pendapatan dapat diturunkan daripada 24 kepada 21 peratus pada BAJET 2018 yang tidak lama lagi akan dibentangkan.

Kata beliau, selain dari cukai itu, sejak 1993 koperasi diwajibkan menyumbang sebanyak tiga peratus kepada Tabung Pembangunan dan Pendidikan Koperasi. 

"Jumlah keseluruhan cukai pendapatan termasuk tabung terbabit yang koperasi perlu bayar sekarang ialah 27 peratus, sekali gus melebihi sektor korporat yang hanya perlu membayar cukai pendapatan 24 peratus. Ia sangat membebankan kami sedangkan sekiranya ia dapat diturunkan kepada 21 peratus, wang lebihan tiga peratus itu akan dapat digunakan untuk menjana modal perniagaan lebih besar kepada 13,428 koperasi seluruh negara," katanya.

Selanjutnya: Berita Harian
 
Artikel Harian Metro bertarikh 13 Oktober 2017



Sejak januari hingga september lalu, daripada 13,428 sebanyak 143 koperasi ditutup di seluruh negara. Penutupan koperasi itu disebabkan tiada hala tuju yang nyata untuk memajukan koperasi dalam menjalankan kegiatan perniagaan kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari.

"Kita berperanan mengawal selia koperasi ini. Koperasi yang tidak aktif dan tidak menjalankan aktiviti dalam tempoh tertentu akan dibatalkan pendaftaran. Namun, sebelum membatalkannya, kita akan pulihkan terlebih dulu melalui latihan, bengkel dan sebagainya. Jika didapati tidak boleh lagi dipulihkan, baru kita tutup," katanya ketika ditemui pada Program Walkabout Promosi Hari Jualan Koperasi Negeri Selangor di SKM Selangor, semalam.

Selanjutnya: Harian Metro 
 
Artikel Berita Harian bertarikh 8 Oktober 2017



Koperasi dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) diminta bekerjasama mendapatkan bekalan ikan segar serta menjualnya pada harga yang murah. Ini kerana koperasi boleh mendapatkan bekalan tersebut dari NEKMAT tanpa melalui orang tengah sekaligus mengurangkan kos. Peranan koperasi yang penting dalam menangani kos sara hidup yang makin meningkat adalah penting.

Justeru, koperasi perlu tampil serta berbincang dengan pihak NEKMAT bagi model terbaik yang boleh diguna pakai terutama dari segi perniagaan dan pemasaran. Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Berhad (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim lagi, bekalan ikan yang dijual ketika program ' Jom Makan Ikan' dijual dengan harga istimewa iaitu potongan diskaun dari 20 hingga 50 peratus berbanding harga pasaran.

Selanjutnya: Berita Harian
 

Artikel Utusan Online bertarikh 8 Oktober 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah mengadakan lawatan ke Koperasi Siswa Universiti Malaysia Terengganu (Kosiswa UMT) demi meninjau perjalanan koperasi tersebut di samping memantau perkembangan proses membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar.

Bidang seperti peruncitan , kafetaria, kecantikan dan kesihatan serta produk dan perkhidmatan yang diusahakan pelajar bagi meningkatkan lagi peratusan kebolehpasaran graduan serta mampu mencipta peluang kerjaya. Menurut jurucakap Kosiswa UMT, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman seramai 424 warga kampus sudah menjadi ahli, manakala koperasi telah mencatat perolehan sebanyak RM 267,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 50,000 sepanjang tahun lepas.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online

 

Permohonan pembiayaan secara online