Utama  //  Berita

Artikel Utusan Online bertarikh 27 Oktober 2017



Koperasi Orang Asli disarankan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menubuhkan konsortium peringkat nasional bagi membolehkan koperasi berkenaan dikendali oleh golongan profesional. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Sehingga ini, terdapat 88 Koperasi Orang Asli dan melibatkan 20,000 orang ahli di seluruh negara.

"Kita faham koperasi komuniti seperti Koperasi Orang Asli ini tidak mungkin akan jadi penggerak utama yang akan menyumbangkan perolehan yang tinggi kepada gerakan koperasi di negara ini. Justeru, Angkasa mencadangkan koperasi kecil seperti ini bergabung di bawah satu konsortium. Apabila ada konsortium dan diuruskan oleh mereka yang profesional pendapatan koperasi dapat ditingkatkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Bengkel Hala Tuju Koperasi Orang Asli Pahang 2017 di sini, hari ini.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 
Pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengadakan program sambutan bersempena World Savings Day yang disambut seluruh dunia bagi mempromosikan aktiviti simpanan wang kepada masyarakat. Idea ini adalah untuk mendidik individu khususnya dan masyarakat amnya kepada budaya menyimpan duit dan kepentingan mempunyai simpanan.

Malah terdapat beberapa kebaikan yang boleh dicapai apabila masyarakat mula faham akan kepentingan simpanan. Antaranya ialah:-

  1. Sebagai Tabung Kecemasan
  2. Sebagai Deposit Pembelian Aset Atau Harta
  3. Memberi Kehidupan Yang Lebih Tenang
  4. Boleh Digunakan Untuk Membantu Orang Lain
  5. Boleh Digunakan Untuk Perlaburan
  6. Tabung Perkahwinan
  7. Simpanan Hari Tua
  8. Melancong menggunakan simpanan
Sehubungan dengan itu, pihak AKPK dengan kerjasama Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) menyokong penuh usaha ini supaya masyarakat lebih faham kesan simpanan kepada ekonomi isi rumah dan negara. 

Mari kita bersama sama menyertai dan memeriahkan aktiviti sambutan ini di Facebook Page rasmi AKPK . Sila tekan butang di bawah untuk maklumat lanjut program ini.





 

Artikel Utusan Online bertarikh 20 Oktober 2017



Baru-baru ini, Pusat tahfiz dan pengajian al-Quran, Madrasah al-Imaniah di kampung Jerantut Feri, berpeluang membuka peluang perniagaan halal apabila menubuhkan koperasinya sendiri. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah dengan jaya merasmikan koperasi berkenaan bersempena program pembangunan perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM).

Presiden Angkasa menyarankan agar penubuhan koperasi di madrasah dan sekolah tahfiz harus giat dibangunkan, dan angkasa sedia membantu dari pelbagai sudut latihan, pengurusan, khidmat nasihat kewangan serta aktiviti yang tertentu dikalangan penggiat koperasi berkenaan.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online


 
Artikel Utusan Online bertarikh 17 Oktober 2017



Pembentangan Bajet 2018 yang akan diadakan pada hujung bulan ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), berharap kerajaan dapat mempertimbangkan empat perkara berkaitan cukai. Ini perkara yang penting kerana ia dapat menjana pembangunan perniagaan koperasi dalam negara, kata Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

"Pertama, kita memohon tambahan dana sebanyak RM500 juta sebagai modal pusingan di bawah Tabung Modal Pusingan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kedua, pengurangan cukai koporat koperasi daripada 24 peratus kepada 21 peratus. Ketiga, kita minta agar had cukai jualan dinaikkan daripada RM750,000 kepada RM 1.5 juta serta perbelanjaan mesyuarat agung koperasi tahunan boleh diambil kira dalam pengiraan penolakan cukai," katanya hari ini. 

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Permohonan pembiayaan secara online