Utama  //  Berita

Artikel Utusan Online bertarikh 3 November 2017



Menjelang tahun 2020, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mensasarkan sebanyak 50 koperasi sekolah mencapai pendapatan lebih RM 1 Juta.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah menyatakan bahawa sebanyak lima daripada 2,376 keseluruhan koperasi sekolah telah mencapai pendapatan berkenaan setakat ini. 

"Untuk mencapai sasaran itu, sebanyak 45 koperasi sekolah lagi perlu mencapai perolehan lebih satu juta. Kita yakin dapat mencapai sasaran itu kerana sudah 30 buah koperasi sekolah telah mencapai perolehan RM 800,000 setakat ini," katanya

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 1 November 2017



Lebih 200 kedai runcit termasuk koperasi sekolah bakal dijadikan sub pusat pengedaran (DC) barang keperluan harian kepada masyarakat setempat di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Amran Abd. Kadir menyatakan bahawa sebagai permulaan, sebanyak 25 kedai runcit akan dijadikan sub DC di bawah SKM.

"Dengan mewujudkan lebih banyak sub DC akan memudahkan urusan koperasi di negeri ini mendapatkan bekalan barangan. Lagipun harga barangan yang dijual DC dan sub DC adalah lebih kompetitif dan setanding dengan yang lain," katanya selepas Majlis Perasmian DC Pemborongan dan Peruncitan Pasar Raya Koperasi Keluarga Zubir Kelantan (Koza) di Jalan Kuang Hitam, di sini semalam.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 28 Oktober 2017



Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menjadikan Pasaraya Koperasi Keluarga Zubir Kelantan (Koza), sebagai pusat pengedaran (DC) yang pertama di kelantan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Mat Deris Jusoh menyatakan bahawa perkara ini akan mewujudkan sistem jaringan pengedaran barang keperluan seharian kepada semua koperasi di negeri ini selain dapat memberi kelebihan kepada masyarakat setempat.

"Ini adalah DC yang pertama di kelantan dan sudah tentu banyak perancangan yang bakal dilakukan termasuk menjadikan koperasi-koperasi sedia ada sebagai sub DC. Pembukaan ini juga diharap dapat mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi memandangkan harga barangan yang dijual di sini adalah lebih kompetatif dan setanding dengan yang lain," katanya.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online

 

Artikel Harian Metro bertarikh 27 Oktober 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Selangor, buat julung kalinya akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Selangor pada 15 Disember ini.

Pengerusi ANGKASA Selangor Datuk Alias Hamzah berkata, majlis itu sempena menghargai tugas dan peranan 1,100 koperasi yang telah berdaftar di bawah ANGKASA berkongsi idea untuk memperkasakan perniagaan.

"Sebanyak 25 anugerah disediakan dan semua anugerah ini adalah untuk melengkapi anugerah yang diberikan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di peringkat kebangsaan. Kita memilih untuk mengadakan anugerah ini buat kali pertama tahun ini selepas melihat mempunyai barisan jawatankuasa yang mampu memberi manfaat bersama dalam kalangan anggota koperasi negeri," katanya pada sidang media di Wisma Ungku A Aziz, di sini semalam.

Selanjutnya: Harian Metro
 

Permohonan pembiayaan secara online