Utama  //  Berita

Artikel Berita Harian bertarikh 15 November 2017



Presiden Koperasi Antarabangsa, Monique F leroux memuji Malaysia sebagai tuan rumah menerusi Angkasa kerana menepati objektif merangkumi kerjasama dan membuka peluang kepada semua delegasi menerusi Karnival Produk (MACCOPS) 2017 edisi ketiga.

Beliau telah menghadiri banyak persidangan dan mendapati Angkasa berjaya menepati objektif utamanya. Beliau kagum dengan komitmen dan daya keusahawanan yang ditunjukkan oleh golongan muda negara ini.

Hasil dari meja perbincangan, Angkasa dan negara-negara yang menyertai persidangan ini akan menyediakan landasan e-dagang sebagai fasilitasi perhubungan antara negara. Ia bertujuan mendidik dan memberi kesedaran terhadap dunia koperasi yang sangat penting untuk menghasilkan produk berkualiti.

Beliau turut memuji Angkasa kerana sudah mampu mencapai tahap antarabangsa dan menyarankan Kanada serta negara-negara lain mengikut langkah Angkasa.

Selanjutnya: Berita Harian Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 15 November 2017



Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, isu berkaitan penggabungan koperasi dan peranannya dalam mensejahterakan masyarakat merupakan antara 40 kertas kerja yang dibincangkan sebelum dijadikan resolusi dan dibawa ke peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Namun isu penggabungan koperasi yang dibincangkan oleh beberapa negara tidak dapat dipersetujui kerana bertentangan dengan prinsip koperasi yang autonomi dan demokrasi.

Ujar beliau, penubuhan koperasi yang dianggotai oleh sekumpulan tertentu adalah untuk kepentingan mereka. Jika terdapat sebarang gangguan dari luar maka tujuan penubuhan koperasi ini sudah tidak asli lagi.

Beliau turut menambah terdapat cadangan untuk membenarkan bukan anggota koperasi menjadi ahli bertujuan untuk menambah modal. Cadangan ini juga ditolak kerana individu perlu menyertai koperasi, jika tidak koperasi tersebut akan hilang identiti.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 14 November 2017



Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, menganggarkan 1,700 delegasi akan menghadiri Persidangan Global dan Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa di Hotel Sunway & Spa Bandar Sunway.

Seramai 1,423 delegasi daripada 98 buah negara telah mengesahkan kehadiran di antaranya China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan. Manakala seramai 200 delegasi masih belum berbuat demikian.

Beliau turut memberitahu sebanyak 40 kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan kali ini merangkumi pelbagai sektor seperti pembangunan belia, pelarian dan pekerja asing.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Artikel Utusan Online bertarikh 14 November 2017



Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, memaklumkan bahawa Angkasa bersetuju membantu Mauritius dari segi kepakaran dan khidmat nasihat selepas delegasi Mauritius berhasrat menjalin kerjasama dengan Malaysia. Koperasi-koperasi negara tersebut masih baru dan mereka yakin akan kemampuan dan kemajuan koperasi Malaysia dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

Kerjasama itu akan turut memberi manfaat dalam bidang perdagangan serta industri pelancongan negara. 

Beliau menambah kerjasama yang bakal terjalin dapat mempromosikan produk makanan tempatan di negara tersebut.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online
 

Permohonan pembiayaan secara online