Utama  //  Berita  //  Aset Koperasi Seluruh Terengganu RM 560 Juta


Artikel Sinar Harian bertarikh 15 Februari 2018



Aset terkumpul berjumlah RM 560 juta daripada 700 buah koperasi di negeri Terengganu telah direkodkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun lalu. Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Terengganu, Mohd Solehin Ramli berkata aset itu termasuk keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan yang dijalankan serta perlaburan ahli - ahli koperasi.

Beliau turut mengulas mengenai koperasi yang tidak aktif yang berpunca dari tiada hala tuju sehingga menyebabkan tiada bidang perniagaan dijalankan sejurus penubuhan lalu menjadikan pembangunan koperasi tersebut tergantung. Menurut beliau lagi, sebanyak 100 buah koperasi di negeri Terengganu sudah tidak lagi aktif.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online