Utama  //  Berita  //  Jumlah Belia Terlibat Koperasi Terlalu Sedikit

Artikel Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2017



Golongan belia dalam bidang koperasi berada pada tahap yang membimbangkan apabila hanya tiga belas peratus yang terlibat secara aktif ketika ini. Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Shaik, Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) berkata indikator ini melibatkan pengumpulan 9,700 ahli lembaga yang mengikuti kursus maktab tersebut, baru - baru ini. Dapatan kajian itu mendapati kesedaran berkoperasi masih rendah dalam kalangan belia yang menyumbang kepada jumlah penglibatan yang sedikit dalam sektor koperasi.

Selain itu, MKM turut mengenal pasti terdapat perbezaan jurang angka penubuhan koperasi yang terlalu jauh antara koperasi sekolah dan koperasi peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta belia. Menurut MKM lagi, sebanyak 2,900 buah koperasi sekolah telah didaftarkan berbanding 550 buah koperasi belia sahaja.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online