Utama  //  Berita  //  Platform Digital akan digunakan lebih 13,000 koperasi

Artikel Utusan Online bertarikh 14 November 2017



Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 13,000 koperasi dijangka memanfaatkan platform digital iaitu Maya dan ASEAN2U hasil daripada kerjasama di antara Angkasa dan Sterling Red Sdn Bhd dan OBOR Net Sdn Bhd.

Menurut beliau kedua-dua platform tersebut bertindak sebagai portal jaringan keusahawanan yang membolehkan lapan juta ahli Angkasa memasuki platform e-dagang dan mendapat akses ke 65 negara di bawah inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) seperti Hong Kong, China dan Taiwan.

Kerjasama itu juga membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana dapat meluaskan perniagaan mereka ke negara-negara ASEAN dan Asia Barat.

Presiden Angkasa, turut yakin bahawa kerjasama di antara Sterling Red dan OBOR Net mampu membantu perniagaan produk-produk koperasi menembusi pasaran negara-negara OBOR, ASEAN dan seterusnya ke seluruh dunia.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online

Permohonan pembiayaan secara online