Utama  //  Berita  //  Transaksi RM200 juta disasar oleh MACCOPS

Artikel Utusan Online bertarikh 14 November 2017



Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia yang bakal diadakan semasa Persidangan Global dan Perhimpunan Agung ICA (ICAKL) dapat menjadi medan terbaik buat pihak Koperasi memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai. Program ini dijangka mampu menjana transaksi sebanyak RM200 juta melibatkan koperasi daripada dalam dan luar negara.

Karnival ini yang akan berlangsung bersama program antarabangsa Persidangan Agung ICA (ICAKL 2017) amat istimewa kerana pertama kali melibatkan peserta daripada luar negara.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, turut memaklumkan bahawa pelbagai kerjasama perniagaan di kalangan peserta karnival dapat diadakan serta dapat mempromosikan pelbagai perkhidmatan dan produk yang dikeluarkan oleh koperasi-koperasi tersebut.

Selanjutnya: Utusan Malaysia Online

Permohonan pembiayaan secara online