Utama  //  Berita  //  Persidangan Koperasi Global sah dihadiri 98 negara

Artikel Sinar Harian bertarikh 8 November 2017



Persidangan Koperasi Global yang dijadualkan pada 13 hingga 18 November 2017 akan dihadiri kira kira 98 buah negara. Persidangan ini merupakan pencapaian dan pengiktirafan buat koperasi negara dan dijangka akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 November di Hotel Sunway Resort dan Spa.

Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, satu karnival produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia akan diadakan sepanjang Persidangan berlangsung. Beliau mensasarkan karnival ini mampu menjana transaksi sebanyak RM200 juta.

"Kita bertuah kerana terpilih sebagai tuan rumah buat julung kali dalam persidangan peringkat dunia yang mula diadakan pada 1895 ini yang sekali gus menunjukkan pengiktirafan dunia kepada perkembangan sektor koperasi di Malaysia. Kita juga berbangga kerana bukan sahaja menjadi negara islam kedua menjadi tuan rumah selepas Turki pada 2015 tetapi penyertaan kali ini juga lebih tinggi berbanding di Turki yang merekodkan penyertaan 75 buah negara," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan infaq lil-waqaf Angkasa di Dataran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah disini, hari ini.

Selanjutnya: Sinar Online 

Permohonan pembiayaan secara online