Utama  //  Berita  //  Koperasi Perlu Ditadbir Jujur, Ikhlas Dan Cekap

Artikel Sinar Harian bertarikh 27 Ogos 2017


Pimpinan koperasi selalu diberi peringatan agar mentadbir organisasi mereka dengan lebih jujur, ikhlas dan cekap bagi memastikan koperasi masing-masing terus kompetetif dan mampu menjana keuntungan. Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, maju mundur sesebuah koperasi berkait rapat dengan tadbir urus organisasi terlibat yang memegang prinsip - prinsip terbabit.

Beliau memaklumkan gerakan kesedaran berkoperasi perlu ditingkatkan supaya menjadi pencetus kepada koperasi di Sabah untuk meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat setempat. Beliau juga berkata kerajaan negeri komited membantu pembangunan koperasi melalui pembangunan modal insan yang berkualiti. 

"Komitmen ini dibuktikan menerusi pembinaan sebuah kompleks latihan yang dikenali sebagai Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi di Kinarut, Papar yang dibangunkan di atas tanah seluas 15 ekar yang disediakan kerajaan negeri."

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online