Utama  //  Berita  //  Hari Koperasi WPKL Meriah Penutup Dai' Junior

Artikel Utusan Online bertarikh 28 Ogos 2017



Majlis penutup sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2017 diserikan dengan program Da'i Junior Koperasi yang diadakan julung kalinya dengan kerjasama Surunjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Program ini telah disertai oleh 11 orang pelajar sekolah pelbagai jenis di sekitar Lembah Klang. Menurut Timbalan Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Jamaliah Ismail berkata program ini adalah sebagai permulaan kerjasama SKM dan Koperasi TNB dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang koperasi khususnya generasi muda. Beliau memaklumkan ceramah serta taklimat biasa mengenai koperasi tidak sampai kepada masyarakat keseluruhannya.

Turut hadir Pengerusi Koperasi TNB, Raja Hang Tuah Raja Iskandar.

Selanjutnya: Utusan Harian Online

Permohonan pembiayaan secara online