Utama  //  Berita  //  Tahun 2019 Fasa Pertama Coopcity Siap
Artikel Berita Harian bertarikh 2 Julai 2017



Bandar koperasi pertama di Malaysia Coopcity Bandar Penawar dijangka siap tahun 2019 hasil dari kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI). Menurut Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata projek yang membabitkan tiga fasa dengan 640 unit kediaman dan rumah kedai.

Konsep bandar koperasi yang pertama di negara ini diinspirasikan dari bandar koperasi pertama dan terbesar di dunia di Bronx, New York, Amerika Syarikat.

Katanya lagi, "CoopCity Bandar Penawar terletak di kawasan seluas 22 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM217 juta. Fasa pertama dijangka dimulakan September ini membabitkan pembinaan 128 unit rumah teres dua tingkat dan 30 unit rumah kedai,"

Menurut beliau lagi, CoopCity Bandar Penawar dibina atas lima prinsip utama iaitu koperasi perlu menguruskannya sendiri, modal dikongsi bersama, keutamaan pemilikan oleh koperasi dan anggota, koperasi perlu memonopoli perniagaan dan pembiayaan hanya dari bank koperasi.

Selanjutnya: Berita Harian


Permohonan pembiayaan secara online