Utama  //  Berita  //  Maik Terima Zakat Angkasa
Artikel Utusan Harian bertarikh 14 Jun 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 82,855.03 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mana jumlah tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan agihan zakat Angkasa bagi tempoh kewangan berakhir 2016 berjumlah lebih RM 1.83 juta.

Menurut Timbalan Pengerusi Angkasa Negeri, Wan Mohd Zain Wan Abdullah berkata, Angkasa telah mengagihkan zakat perniagaan kepada Maik sejak 14 tahun lalu dengan jumlah agihan yang meningkat saban tahun. Selain daripada mengagihkan zakat kepada majlis-majlis agama negeri, pihak Angkasa turut mempunyai saluran sendiri untuk aktiviti - aktiviti kebajikan melalui Yayasan Angkasa.

"Kita bukan sekadar memfokuskan kepada peluang membangunkan koperasi di setiap negeri tetapi juga mencari peluang membantu golongan miskin"

Selanjutnya: Utusan Online

Permohonan pembiayaan secara online