Utama  //  Berita  //  Hebahan Pengambilan Pelajar Baru Tajaan Yayasan Angkasa Sesi 2017/2018


Yayasan ANGKASA merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berperanan dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada 
anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara.

Di sini di maklumkan hebahan Yayasan ANGKASA akan membuka pengambilan pelajar baru untuk sesi 17/18 adalah seperti berikut :

 Tarikh Permohonan Dibuka : 01 Jun 2017

Tarikh Permohonan Ditutup : 15 September 2017

Borang permohonan serta syarat-syarat permohonan boleh di dapati di laman web www.angkasa.coop bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.

 Di antara keistimewaan pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA adalah seperti berikut :-

1. Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:


SISTEM KELAS PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama 100% Biasiswa
Kedua Atas 75% Biasiswa
Kedua Bawah 50% Biasiswa
Lain - lain 100% Pembiayaan


2. Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah atau caj perkhidmatan


Sehubungan itu, pihak Koperasi Iman menyeru ahli - ahli koperasi yang berminat dan layak untuk mengambil maklum hal ini. Sila rujuk lampiran Borang Permohonan dan Syarat - syarat permohonan di bawah ini.

Borang

  1. Borang Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa 2016
  2. Syarat - Syarat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa 2016

Permohonan pembiayaan secara online