Utama  //  Berita  //  Koperasi Utusan Umum Ahli Lembaga sesi 2017-2018


Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad (Koperasi Utusan) mengumumkan Mohd Ridzwan Md Iman kekal menyandang jawatan Pengerusi bagi sesi baru 2017-2018. Datuk Hassan Mohd Noor turut mengekalkan jawatannya sebagai Penasihat koperasi manakala Ariffin Nordin kekal sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Utusan. Keputusan tersebut dicapai ketika mesyuarat pertama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diadakan di pejabat Utusan Melayu.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Lukman Ismail telah dilantik menggantikan Nazri Che Om yang telah tamat perkhidmatan dan Marhaini Kamaruddin telah dilantik sebagai Bendahari.

Selanjutnya: Utusan Online

Permohonan pembiayaan secara online