Utama  //  Berita  //  Arahan Sekatan Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Ditarik


Keputusan yang diambil kerajaan untuk menyekat pemotongan gaji pinjaman kakitangan awam yang melebihi 60 peratus sebelum ini telah ditarik balik. Keputusan yang dibuat itu memberi kelegaan kepada kira-kira 63,200 penjawat awam terlibat dan sebanyak 600 koperasi kredit di seluruh negara. Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah, keputusan ini membolehkan peminjam menjelaskan hutang mereka dengan koperasi dan pihak koperasi mampu membuat kutipan pinjaman dengan baik.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Angkasa akan berbincang semula dengan koperasi kredit seluruh negara bersama Jabatan Akauntan dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) tentang bagaimana merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan dapat dilaksanakan dengan adil". Menurut beliau lagi, pinjaman tertangguh yang tidak dapat dikutip oleh koperasi ketika sekatan dikenakan adalah sebanyak RM 20 juta sebulan.

Selanjutnya: Utusan Online

Permohonan pembiayaan secara online