Utama  //  Berita  //  Koperasi Gesa Tangguh Sekatan Kerajaan Potongan Gaji


Koperasi - koperasi kredit yang memberi pinjaman kepada kakitangan awam menggesa pihak kerajaan menangguhkan sekatan bayaran potongan gaji menggunakan sistem gaji berkomputer (JANM) yang bermula pada tahun lepas. Keputusan yang dibuat oleh 648 koperasi kredit ini adalah kerana mahu kerajaan mengkaji secara terperinci sebelum melaksanakan sistem tersebut bagi mengelak kesan yang buruk yang bakal diterima oleh koperasi kredit dan peminjam kakitangan awam.

Ini disebabkan, kakitangan awam tidak akan membuat bayaran terhadap baki pinjaman disebabkan pembayaran balik perlu dilakukan secara manual yang mana ketika ini menggunakan perkhidmatan potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Pengerusi Koperasi Wawasan Malaysia Berhad, Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata langkah yang dilakukan kerajaan ini tidak dapat membendung kadar keberhutangan penjawat awam. Ini bukan sahaja mampu menangguhkan pembayaran balik hutang, malah menjadikan peminjam terdedah kepada tindakan undang - undang, disenaraihitam dan boleh berlaku kemuflisan.

Menurut beliau lagi, langkah yang dibuat kerajaan ini juga menimbulkan huru - hara kepada koperasi kredit sehingga menyebabkan mereka tidak boleh memproses permohonan baru. Mengikut Pekeliling, yang bermula April lepas, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus dari jumlah kasar melalu sistem gaji berkomputer JANM. 

Sementara itu, Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad, Pn Siti Rohani Bt Abuyan berpendapat bayaran balik 40 peratus secara manual adalah menyusahkan.



Siti Rohani Abuyan

“Bila hutang dalam akaun itu tidak dibayar kepada koperasi mereka diminta untuk berurusan sendiri, jadi benda itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Apa yang kita buat sebelum ini iaitu membuat potongan gaji kepada peminjam sudah cukup baik. Apa yang kita hendak ialah agar perkara ini tidak memberi kesan jangka panjang.

“Kita mahu perkara ini diselesaikan dalam suasana yang harmoni. Kita faham peranan kerajaan dan kita sebagai koperasi bukan kejar keuntungan tetapi kita melakukannhya kerana masyarakat,” 

Oleh itu, koperasi koperasi tersebut mencadangkan kepada kerajaan agar dapat mengatur satu forum dengan sektor koperasi bagi membincangkan dan mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

Selanjutnya: Malaysia Gazette




Permohonan pembiayaan secara online