Utama  //  Berita  //  KPDNKK Sumbang RM 100,000 Untuk Tubuh Koperasi
Artikel Sinar Harian bertarikh 16 Mei 2017



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyediakan RM 100,000 bagi membantu penduduk Pulau Tuba menubuhkan koperasi yang menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kos barangan yang semakin meningkat. Menurut Menterinya, penduduk Pulau Tuba yang seramai 1000 keluarga boleh menyumbang sebanyak RM100 sebagai saham dalam koperasi ini kelak.

Koperasi ini juga boleh menubuhkan kedai harga patut yang menjadi pemborong dan peruncit bagi penduduk pulau tersebut. Menurut beliau lagi, peruntukan kedai harga patut ini akan ditambah bergantung kepada saiz perniagaan tersebut. Malah setiap pemimpin tempatan di setiap kawasan parlimen turut digalakkan menubuhkan koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan dan pemborongan untuk penduduk luar bandar kawasan masing - masing.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online