Utama  //  Berita  //  ANGKASA Cadang Guna Spekar Kawal Pinjaman
Artikel Sinar Harian bertarikh 2 Mei 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan kepada kerajaan agar menggunakan Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) dalam mengawal pinjaman yang dibuat penjawat awam. Sistem ini mampu mengelak penjawat awam dari membuat pinjaman melebihi kemampuan gaji hingga berdepan risiko muflis berikutan gagal melunaskan pinjaman.Menurut Timbalan Presiden Angkasa,Mutadho Bahri, sistem itu perlu dipusatkan bagi memudahkan semakan dilakukan oleh institusi pinjaman.

"Sekarang institusi pinjaman merujuk satu sama yang lain apabila menggunakan sistem ini, mereka dapat mengetahui maklumat status pinjaman penjawat awam tersebut seperti rekod pinjaman di syarikat bukan kewangan serta muflis". Pihak Angkasa turut menyambut baik saranan yang dinyatakan oleh Presiden Ceupacs, Datuk Azih Muda supaya melaksanakan sistem yang digunakan oleh Angkasa yang mempunyai rekod penjawat awam.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online