Utama  //  Berita  //  Insentif Koperasi Perlu Dikaji Semula
Artikel Utusan Harian bertarikh 27 April 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula insentif yang diberikan kepada gerakan koperasi yang dilihat tidak setanding dengan pakej insentif yang diberikan oleh sektor lain seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sektor koperasi mampu memberikan sumbangan besar dari segi perolehan kepada negara maka sudah tiba masanya gerakan koperasi menerima insentif yang setara dengan sektor lain.

"Pihak ANGKASA mahu sektor ini diberikan perhatian sewajarnya agar mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam kalangan ahli ahlinya". Mengulas lebih lanjut, Abdul Fattah berkata pihak kerajaan perlu meningkatkan nilai geran kepada sektor koperasi daripada RM 300,000 kepada nilai yang sama diterima oleh sektor PKS iaitu sebanyak RM 500,000. Kerajaan juga perlu turut memperluaskan akses pasaran koperasi sama seperti akses yang diterima oleh sektor PKS.

Selanjutnya: Utusan Harian

Permohonan pembiayaan secara online