Utama  //  Berita  //  Kerajaan Lulus RM 8.3 juta Bagi Koperasi Di Sabah
Artikel Sinar Harian bertarikh 22 April 2017



Permohonan sembilan koperasi di Sabah bagi pinjaman tabung modal pusingan telah diluluskan oleh karajaan sebanyak RM 8.3 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. Menurut beliau lagi, sebanyak RM 360,000 telah diluluskan dalam bentuk bantuan pembangunan kepada 15 koperasi di Sabah. Ini bertujuan bagi melihat sektor perniagaan koperasi terus berkembang dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau turut menambah kerajaan akan terus membantu gerakan koperasi meningkatkan sumbangannya yang tidak tertumpu hanya kepada ahli koperasi namun turut melibatkan pembangunan ekonomi negara. Beliau berharap inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan tidak disia sia kan oleh pihak koperasi dalam merebut peluang yang telah diberikan.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online