Utama  //  Berita  //  Maccops Ingin Jadi Jenama Antarabangsa
Artikel Utusan Online bertarikh 21 Mac 2017



Program ikonik, Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (Maccops) yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) ingin diperkenalkan di peringkat antarabangsa sebagai sebuah jenama besar. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, dua edisi Maccops telah dianjurkan bermula pada tahun 2014 dengan sambutan yang diterima menggalakkan dengan nilai jualan mencecah RM 5 juta.

Pihak Angkasa ingin menjadikan Maccops jenama yang seiiring dengan jenama yang hebat seperti MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia) dan LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) yang telah dikenali di peringkat antarabangsa.

Selanjutnya: Utusan Online

Permohonan pembiayaan secara online