Utama  //  Berita  //  Co-opbank Persatuan Menyasar Modal Saham Berbayar RM 615 Juta

Artikel Berita Harian bertarikh 21 Februari 2016



Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd (CBP) menyasarkan modal saham berbayar sebanyak RM 615 Juta tahun ini berbanding RM 344.62 Juta tahun lalu menerusi caruman 100 badan koperasi di negara ini. Menurut pengerusinya. Datuk Yusra Sabar, dengan pembabitan badan koperasi yang 'besar' yang mana pihaknya yakin mereka mampu membuat caruman antara RM 1 Juta sehingga RM 3 Juta setiap satu. Menurut beliau lagi, dengan mengumpul RM 600 Juta, aset yang boleh dijana adalah 3 bilion.

Pihak CBP turut menawarkan pembiayaan kepada bukan anggota dan sektor korporat bagi merancakkan pertumbuhan perniagaan CBP. Malah CBP turut menawarkan pajak gadai patuh syariah dan perkhidmatan berteraskan yuran seperti takaful.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online