Utama  //  Berita  //  Kowaja Kesan 15,000 Bekas Ahli


Artikel Utusan Harian bertarikh 20 Februari 2016



Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad (KOWAJA) sedang dalam usaha mengesan 15,000 bekas ahlinya bagi membolehkan pemulangan wang lebihan dijalankan. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad (SKM) Cawangan Kuala Lumpur , Datuk Abdullah Mahmood berkata, kebanyakan bekas ahli terbabit gagal dikesan kerana tidak mengemaskini maklumat peribadi mereka. Disebabkan perkara tersebut, pihak koperasi mengalami masalah kesukaran dalam bagi memastikan wang lebihan mereka diterima.

Sehubungan dengan itu, mulai 2012, pihak koperasi telah menghantar surat ke alamat sedia ada dan setakat ini seramai 7,500 bekas ahli telah berjaya dikesan. Beliau turut memaklumkan pihak koperasi telah melaksanakan pemulangan semula wang bayaran lebihan sebanyak RM 2 Juta setakat tahun lalu.

Selanjutnya: Utusan Harian

Permohonan pembiayaan secara online