Utama  //  Berita  //  Terengganu Negeri Pertama Wujud Bandar Koperasi


Artikel Berita Harian bertarikh 9 Februari 2017



Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad, bangunan setinggi tiga tingkat termasuk ruang niaga yang dibina Lembaga Tabung Amanah Warisan negeri dikhaskan untuk sektor koperasi. 91 unit bangunan kegunaan bandar koperasi telah disediakan di Kampung Ladang Tok Pelam.

Menurut beliau, setakat ini sudah lebih 46 bangunan yang dianggarkan berharga antara RM 1.2 juta dan RM 1.4 juta sudah ditempah koperasi seluruh negeri untuk dijadikan pejabat dan lokasi aktiviti seperti pameran dan jualan produk dihasilkan.

Kerajaan negeri turut meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM 60 juta bagi membiayai koperasi negeri ini membeli bangunan tersebut.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online