Utama  //  Berita  //  Terengganu Perintis Konsortium Koperasi OKU



Artikel Berita Harian bertarikh 10 Februari 2017



Terengganu menjadi perintis penubuhan gabungan koperasi orang kurang upaya (OKU) di negara ini menerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad (KKPTB). Menurut Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Mohammad Azmi Omaruddin konsortium yang ditubuhkan menggabungkan Koperasi Peka Malaysia Berhad (mewakili OKU pekak), Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad (cacat anggota) dan Koperasi Pertis Terengganu Berhad (cacat penglihatan) mampu mengangkat martabat dan kedudukan golongan OKU ke tahap yang lebih baik terutama dalam aspek ekonomi anggota.

Menurut beliau lagi, penubuhan KKPTB ini adalah satu usaha murni dan diharap boleh diperluaskan ke seluruh negara bagi melindungi keperluan dan kepentingan golongan OKU agar lebih terjamin.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online