Utama  //  Berita  //  ANGKASA Cadang Kantin Sekolah Bawah Koperasi



Artikel Berita Harian bertarikh 27 Januari 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangkan kepada pihak kerajaan agar pengurusan kantin sekolah diletakkan dibawah kelolaan koperasi masing masing. Perkara ini adalah sejajar dengan sasaran pihak ANGKASA iaitu 50 koperasi sekolah memperoleh perolehan sebanyak RM 1 Juta menjelang tahun 2020.

Antara koperasi sekolah yang telah berjaya mencapai sasaran tersebut ialah koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas dan SMK Sibu.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sekiranya koperasi sekolah diberi peluang untuk menguruskan kantin sekolah maka peluang untuk mencapai sasaran tersebut akan menjadi lebih mudah. Malah manfaat yang lebih banyak dapat dirasai oleh semua pihak.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online