Utama  //  Berita  //  Koperasi Kredit Disaran Bergabung


Artikel Berita Harian bertarikh 23 Januari 2017



Sebanyak 596 buah koperasi kredit yang bersaiz kecil digesa untuk bergabung dalam meningkatkan lagi aset dan pinjaman agar lebih berdaya saing. Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin bilangan koperasi disasarkan selepas penggabungan itu adalah kira - kira 200 koperasi yang tinggal sahaja.

Menurut beliau lagi, proses ini adalah perlu bagi membolehkan mereka melakukan pinjaman yang besar sekali gus meraih pendapatan yang lebih baik.Beliau turut menggalakkan penggabungan itu dilakukan secara sukarela daripada menunggu sehingga wujudnya situasi yang memaksa mereka untuk  bergabung.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online