Utama  //  Berita  //  Angkasa Cadang Wujud Guru Koperasi Sepenuh Masa


Artikel Sinar Harian bertarikh 22 Januari 2017



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) akan menghantar cadangan kepada Kementerian Pendidikan dalam mewujudkan jawatan guru koperasi sekolah sepenuh masa yang mana ketika ini pengurusan koperasi diselia oleh guru yang dilantik sebagai setiausaha atau bendahari dimana tugas utama mereka adalah mengajar dan pengurusan koperasi sebagai sampingan.

Menurut presidennya Datuk Abdul Fattah Abdulah berkata, pendapatan koperasi sekolah yang dilihat semakin meningkat dari tahun 2014 sehingga kini tidak boleh lagi dilihat sebagai sebagai pendapatan sampingan. Menurut beliau lagi, antara sasaran pihak Angkasa adalah untuk melihat sekurang - kurangnya 50 koperasi memperoleh perolehan RM 1 Juta setahun menjelang tahun 2020.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online