Utama  //  Berita  //  Koperasi Seri Cempaka Bantu Usahawan Wanita


Artikel Berita Harian bertarikh 14 Januari 2017



Dalam membantu usahawan wanita golongan ibu tunggal menghadapi kos sara hidup yang meningkat, pembukaan rasmi kedai Koperasi Seri Cempaka di Dataran Al-Hamra dilihat sebagai salah satu jalan menangani kebimbangan yang dihadapi golongan tersebut.

Kedai koperasi tersebut yang dianggotai oleh 57 usahanita telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim.

Normala berkata seramai 57 peniaga kecil wanita yang menyertai perlaksanaan kedai koperasi ini telah melihat pendapatan mereka meningkat naik dengan mendadak menerusi penjualan produk seperti kuih. Beliau turut memaklumkan Koperasi Seri Cempaka menyasarkan pembabitan 500 ahli baru dan ini mampu direalisasikan berikutan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Selanjutnya: Berita Harian
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234494

Permohonan pembiayaan secara online