Utama  //  Berita  //  Impian ANGKASA 1Masjid 1Koperasi
Artikel Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2016



Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Disember ini adalah bertujuan untuk menyamarakkan gabungan semangat kariah di setiap masjid di seluruh negara agar mewujudkan koperasi yang dianggotai masyarakat setempat. Menurut Presiden Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA) Datuk Fattah Abdullah, negara yang mempunyai sistem koperasi yang maju mampu memberikan pelbagai jenis perkhidmatan dan mampu memberi manfaat kepada anggotanya.

Menurut beliau lagi, berdasarkan maklumat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga Jun 2016 sebanyak 6,392 buah masjid dan bilangan surau sebanyak 17,708 di Malaysia. Daripada jumlah tersebut hanya 374 koperasi masjid yang diwujudkan dan bilangan ini masih lagi kecil. Pihak ANGKASA berharap agar usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang dapat meningkatkan bidang koperasi kariah masjid dan anggota kariah.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online