Utama  //  Berita  //  PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN EFEKTIF KOIMAN



5 November 2016 – Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, pengurusan kewangan yang baik dan cekap adalah penting bagi memastikan sumber pendapatan dimanfaatkan sepenuhnya agar ia mampu membantu setiap individu mengahadapi musibah dan kesulitan disamping mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, Koperasi Iman telah menjemput Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada semua kakitangan Koperasi Iman. Program satu hari ini telah dikendalikan oleh Hjh. Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir dan Tn. Zulsaidi Redzwan bertempat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Antara pengisian program adalah pengurusan kewangan dari perspektif syariah, analisa pendapatan dan perbelanjaan, persaraan dan kehidupan serta akhirat yang tenang.


Gambar 1: Kakitangan KOIMAN Khusyuk Mendengar Penerangan Kewangan



Gambar 2: Sesi Penerangan Oleh Hjh. Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir



Gambar 3: Penyerahan Cenderahati Oleh Haji Mohamad Azmi Omaruddin






Permohonan pembiayaan secara online