Utama  //  Berita  //  ANGKASA Gesa Kerajaan Mengkaji Takrif IKS
Artikel Berita Harian bertarikh 28 Oktober 2016

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai dana sebanyak RM 6.65 billion yang akan disalurkan buat IKS berdasarkan Bajet 2017 diminta agar diperincikan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) agar dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata jika bajet itu hanya tertakluk kepada entiti perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak kerajaan perlu sepatutnya mengkaji semula perkara tersebut kerana gerakan koperasi adalah penyumbang utama terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) yang turut berhak mendapat manfaat bajet tersebut sebagai langkah mendorong sektor koperasi memaju pertumbuhan negara.

Menurut beliau lagi, Koperasi juga ialah entiti perniagaan dan menjadi sektor ketiga ekonomi terpenting negara. Maka dengan itu pihak ANGKASA memohon pihak kerajaan agar membuat pertimbangan semula agar gerakan koperasi turut menikmati bajet tersebut.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online