Utama  //  Berita  //  Lima Koperasi Sekolah Berjaya Capai RM 1 Juta
Artikel Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2016



Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarkan sebanyak lima koperasi di seluruh negara yang mampu menjana perolehan sehingga RM 1 juta setahun. Untuk makluman, sepanjang tempoh tahun lalu, hanya tiga sekolah yang berjaya mencapai jualan tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kota Bharu; SMK Bintulu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, koperasi - koperasi tersebut menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang mana penubuhan koperasi itu sendiri adalah langkah yang tepat bagi pihak sekolah dalam mencari pendapatan sendiri. Menurut beliau lagi, penubuhan koperasi mampu melahirkan ciri - ciri keusahawanan dalam diri pelajar sekali gus membantu mereka menjadi usahawan setelah tamat pengajian.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online