Utama  //  Berita  //  Generasi Muda Kurang Berminat Dengan Sektor Koperasi

Artikel Berita Harian bertarikh 12 Oktober 2016



Sektor koperasi di Perak pada masa kini dikuasai oleh golongan veteran disebabkan kurangnya minat dari golongan muda. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata masalah itu mampu mengurangkan produktiviti koperasi berikutan kekurangan idea - idea baharu.

Masalah itu juga berupaya menyebabkan tiada pelapis  untuk meneruskan perjuangan sektor koperasi di negeri ini. Menurut beliau lagi, undang - undang koperasi telah menyatakan setiap tahun empat ahli jawatankuasa boleh digugurkan dan diganti dengan golongan muda namun peruntukan tersebut masih tidak mendapat sambutan dari golongan pengguna.

Selanjutnya: Berita Harian

Permohonan pembiayaan secara online