Utama  //  Berita  //  Koperasi Kariah Penuhi Matlamat Koperasi Negara
Artikel Sinar Harian Bertarikh 5 Oktober 2016



Koperasi Kariah Masjid Kampung Chat adalah antara koperasi yang berjaya melakukan inovasi penghasilan baja organik bagi tujuan pertanian yang mana mampu meningkatkan pendapatan dan keuntungan koperasi. Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah berkata penghasilan baja organik tahi kambing mampu mengurangkan kos dan menggantikan penggunaan bahan kimia di dalam pertanian.

Hasil daripada inovasi yang dilakukan oleh Koperasi Kariah Masjid Kampung Chat ini telah berjaya mencapai matlamat pergerakan koperasi di negara ini iaitu prihatin terhadap masyarkat dan alam sekitar. Menurut beliau lagi, baja organik ini yang dijual pada harga RM 5 hingga Rm 10 berupaya menjamin persekitaran ladang yang bersih dari bahan kimia yang berbahaya dan yang boleh mengundang kepada komplikasi penyakit.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online