Utama  //  Berita  //  Pengurusan Jenazah Lebih Mudah Dengan Produk MyAngkasa Mukmin


Artikel Sinar Harian Bertarikh 29 September 2016



MyAngkasa Mukmin adalah produk pengurusan jenazah yang pertama di negara ini hasil dari kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), MyKhairat Management Services Sdn Bhd, MyAngkasa Amanah Berhad dan Rosegate Insurance Broker Sdn Bhd. Produk ini mengabungkan tiga perkhidmatan dalam satu produk iaitu pengurusan jenazah, harta pusaka serta perlindungan takaful kepada ahli dan waris.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh keluarga atau waris antaranya bayaran menguruskan jenazah, perebutan harta dan sebagainya. Produk ini mampu menangani masalah ini dengan bijaksana dan berkesan. MyAngkasa Mukmin menawarkan tujuh pakej untuk individu, keluarga dengan bayaran serendah RM 5 sebulan, selain bayaran sekali seumur hidup untuk warga emas dengan pendaftaran yang boleh dilakukan atas talian.

Menurut Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah produk tersebut mampu memberi pulangan sehingga RM 500,000 dan sasaran produk tersebut adalah kepada masjid seluruh negara.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online